YAB Perdana MENTERI,
LEGASI, MALAYSIA dan RAJA-RAJA
Sesungguhnya dengan hati yang berat saya membawakann perkhabaran
buruk ini. Perkhabaran ini terkait dengan prestasi anda yang sangat
mengecewakan dan meruntuhkan legasi anda, mengancam kelangsungan negara
Malaysia serta menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi raja.
Saya mengutus surat ini atas kapasiti individu dan bukan sebagai
seoorang Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sg Pelek, malah sama sekali tidak
mewakili pandangan DAP. Pandangan saya adalah cerminan dan mewakili perasaan,
kebimbangan dan kesukaran ramai rakyat di kampung, peniaga kecil, ahli korporat
dan profesional dari perlbagai latar belakang di sepanjang tempoh pandemik
covid ini.
Anda secara terbuka menyebut bahawa ramai yang telah mengelar
anda sebagai “BODOH” dan anda pasrah dengannya. Secara peribadi saya tidak
percaya anda “BODOH” kerana anda telah berjaya memperdaya Tun Mahathir untuk
menjadi Perdana Menteri Malaysia. Anda berjaya bergelut dan meloloskan diri
untuk naik ke atas. Dalam proses itu anda telah mengkhianati sahabat di dalam
PH, yang mana itu jelas memaparkan sisi buruk integriti anda. Untuk kekal berkuasa,
anda perlukan “kawan” yang anda umpan dengan jawatan kabinet dan GLC.
Natijahnya anda membina sebuah kabinet terbesar di dunia berbanding dengan
bilangan penduduk dan GDP, lebih besar daripada China, USA dan Jepun. Sudah
tentu dengan mengorbankan kantung negara.
Anda kini berhadapan dengan dilema dan terperangkap dengan
kemelut yang anda reka sendiri. Walau pun anda bijak dan tidak bodoh, anda
dikurniakan dengan kemahiran berpolitik, tikam belakang, pengkhianatan dan
taktik jahat untuk naik ke atas.
Dalam bahasa mudah pengurusan, anda telah menunjukkan
KETIDAKCEKAPAN. Sebagai Perdana Menteri anda tersalah memiliki kemahiran untuk
memacu Malaysia ke hadapan.
Suka saya menganjurkan supaya semasa FMCO ini anda membaca buku
“Peter’s Principles”. Secara asasnya buku ini memperjelaskan beberapa prinsip
untuk mendaki tangga korporat, hiraki politik mahupun perkhidmatan awam. Satu
daripadanya – seseorang boleh sahaja dipromosi atau dipilih seperti Trump,
berdasarkan tahap KETIDAKCEKAPANnya. Sebabnya ialah setiap orang memiliki set
kemahiran yang berbeza untuk sesuatu tugas. Sebagai contoh – seorang jurujual
boleh menjual dengan baik namun sebaik sahaja dia diangkat menjadi PENGARAH
pemasaran dia perlu mengurus orang, merangka strategi pemasaran, belanjawan dan
lain-lain. Pendeknya dia akan gagal kerana dia tidak memiliki kemahiran yang
diperlukan untuk tugasan yang lebih tinggi. Samalah juga dengan anda, anda
telah GAGAL segagal-gagalnya kerana tidak memiliki kemahiran yang diperlukan
sebagai seorang Perdana Menteri.
Anda dilantik sebagai seorang BOSS – seorang boss akan
mempergunakan orang dan itulah sebabnya anda memiliki saiz kabinet terbesar di
dunia. Anda mengakui bahawa anda bukan Perdana Menteri yang diberi mandat dalam
PRU 2018.
Anda BUKAN seorang PEMIMPIN kerana seorang pemimpin melihat
kebaikan dalam setiap orang, memberi inspirasi dan menambah baik kehidupan
rakyat. Anda tiada VISI untuk negara ini. Sejak Hari Pertama, Tunku menyeru,
sekiranya kita bersatu kita mampu melakar masa depan, dan berada di persada
dunia,dan menjadi contoh kejayaaan untuk diteladani oleh negara lain. Anda, dan
anggota kabinet anda BUKAN pembina negara, tetapi hampir semuanya, kalau tidak
semua, adalah oportunis. Agenda membina negara adalah asing bagi mereka.
Anda telah GAGAL dan mengecewakan kami - Perpaduan, Ekonomi,
Pandemik Covid
1.0 PERPADUAN
1.1 Ketika Malaya dibentuk kabinet kita adalah sebuah kabinet
pelbagai kaum dan kelompok minoriti berada di dalamnya memegang jawatan
penting.
1.2 Anda berbangga dengan kerajaan Melayu-Islam yang
meminggirkan sumbangan kelompok minoriti.
1.3 Kenyataan anda “Saya pertamanya Melayu, keduanya rakyat
Malaysia” tidak memberi keyakinan bahawa anda akan berlaku adil kepada kelompok
minoriiti.
1.4 Sebagai sebuah negara penganut Islam yang terbesar di dunia,
Indonesia bersifat pluralistik di bawah Pancasila, prinsip-prisip yang diangkat
dalam Rukun Negara.
2.0 EKONOMI
2.1 Di bawah pentadbiran anda, FDI kita telah menurun malah
Hyundai telah memindahkan kilangnya pemasangannya. Google dan Amazon memilih
melabur berbilion-bilion di Indonesia. Syarikat berteknologi tinggi seperti
Dyson yang mengeluarkan kereta elektrik, BioN dari German pula akan melabur di
Singapura. Kita terpinggir kerana kita telah hilang daya saing kepada negara
ASEAN yang lain disebabkan oleh sikap flip flop anda dan kepimpinan U-turn yang
menjengkelkan.
3.0 KEGAGALAN MENGURUS PANDEMIK COVID
3.1 Kami boleh menerbitkan sebuah kompilasi buku “Sebuah Komedi
Kegagalan Mengurus Pandemik Covid oleh Kerajaan Pintu Belakang” – suatu
pengalaman yang tidak dipelajari di Harvard.
3.2 Negara ini SATU-SATUnya negara di dunia yang telah
mengisytiharkan Ordinan Darurat yang menggantung Parlimen seperti yang berlaku
semasa perang.
3.3 Menambah luka di parut, sehingga 10 Jun 2021, jumlah
jangkitan telah naik berganda kepada 639,562 kes positif dengan 3,684 kematian.
3.4 SOP??? PKP1, PKP2, PKP3, PKPD. Ini semua tidak lebih seperti
sebuah komedi. KL adalah sebuah wilayah yang dipisahkan dari Selangor. Sebagai
contoh Taman Tun Dr Ismail adalah di dalam Kuala Lumpur di seberang jalannya
ialah Petaling Jaya, One Utama sebuat pusat membeli belah keempat terbesar
didunia. Sempadan dearah tidak ditandai dengan jelas. Sesiapa pun dengan logika
akal akan mengenakan had 10km dari kediamannya. Gunakan Google Map pun boleh.
3.5 KETELUSAN DAN KEKECOHAN PEMBERIAN VAKSIN
L
3.5.1 Walau pun MySejahtera adalah satu idea yang bijak, ia
gagal berfungsi seperti yang diharapkan disebabkan serbuan orang ramai untuk
mendapatkan temujanji seiringan dengan peningkatan bilangan jangkitan. Aplikasi
MySejantera kerap tergendala.
3.5.2 Warga emas (suami isteri) terpisah dan diarahkan ke pusat
vaksinasi berbeza yang jauh dari kediaman; pertukaran tempat di saat akhir;
kesesakan dan sebagainya.
3.5.3 Seramai 8,000 pengamal perubatan persendirian menawarkan
untuk menjadi sebahagian daripadda “khidmat untuk negara” dilayan secara endah
tak endah oleh KKM. Secara kasar sekiranya seorang doktor dapat memberikan 20
vaksin sehari, kita dapat menyelesaikan 160,000 kes sehari.
3.5.4 Harga perolehan vaksin telah menjadi “rahsia negara” dan
menimbulkan banyak keraguan dan kekeliruan.
3.5.5 Mendengar pengumuman harga vaksin yang dibayar oleh
kerajaan Belgium, rakyat Malaysia bingung kenapa kita membayar dengar harga
yang lebih mahal.
3.5.6 Apabila seorang dermawan dari Hong Kong ingin menderma dua
juta dos vaksin Sinovac, rakyat terkejut kenapa harga dua dos yang dibeli oleh
kerajaan seperti yang dilaporkan melalui media sosial ialah sebanyak RM380
sedang penderma dari Hong Kong boleh mendapatkannya pada harga yang empat kali
lebih murah. Rakyat Malaysia berhak untuk tahu kebenarannya.
3.5.7 Kenapa vaksin Sinopharm diluluskan oleh WHO tetapi tidak
oleh Malaysia?
3.5.8 Peliknya, vaksin Sinovac telah diluluskan di Malaysia
sebelum WHO meluluskannya pada 1 Jun
3.5.9 Apa perlunya mengadakan Pusat Pemberian Vaksin Mega dengan
masalah penjarakan fizikalnya apabila kita ada 8,000 pengamal perubatan
persendirian? Di UK klinik dan farmasi persendirian diajak membantu memberi
vaksin. Sehingga 2 Jun 2021 di UK sekurang-kurangnya 60% penduduk telah
mendapat suntikan pertama dan sekurang-kurangnya 40% telah selesai mendapat dua
suntikan.
3.5.10 Hospital swasta dan kerajaan negeri seperti di Selangor,
Pulau Pinang dan Sarawak mahu membeli terus dari China, kenapakah terdapat
proses birokrasi yang menyusahkan.
4.0 LANGKAH KEHADAPAN
4.1 Saya dengan rendah diri memohon YAB Tan Sri supaya meletak
jawatan kerana rakyat sedang kelaparan, marah kerana kehilangan kerja, bersedih
dengan pemergian orang tersayang dan dicengkam masalah kewangan.
4.2 Situasi ketika ini sangat tidak menentu dan mungkin
mengakibat ketidakstabilan negara.
4.3 Anda mesti meletak jawatan untuk memelihara LEGASI anda,
MASA DEPA MALAYSIA dan INSTITUSI BERAJA yang merupakan asas Perlembagaan negara
4.4 LEGASI
4.4.1 Prestasi anda yang sangat mengecewakan telah menobatkan
anda sebagai Perdana Menteri terburuk dan akan menjadi lebih buruk sekiranya ia
diteruskan.
4.4.2 Percayalah prestasi buruk itu bukanlah cerminan keupayaan
anda tetapi lebih kepada kedudukan anda pada tahap ketidakmampuan yang
memerlukan set kemahiran yang anda tidak dilatih. Bekas Perdana Menteri Tun
Mahathir adalah seorang lagi contoh klasik seorang yang diangkat bukan pada
tahap kemahirannya.
4.4.3 Anda boleh menyelamatkan imej anda yang telah tercalar itu
dengan melakukan tindakan terhormat iaitu meletak jawatan dan memberi peluang
kepada DYMM YDPA melantik seorang Ahli Parlimen lain yang mendapat kepercayaan
majoriti Ahli Dewan Rakyat.
4.4.4 Anda sangat mengetahui siapa yang telah dinamakan sebagai
bakal pengganti Tun Mahathir dan diketahui umum bahawa DSAI telah mengumumkan
bahawa beliau telah memiliki bilangan sokongan yang mencukupi di Parlimen
4.5 MALAYSIA
4.5.1 Anda harus menyedari bahawa kebangkitan rakyat yang sedang
menderita kerana kehilangan kerja, kewangan yang meruncing, kehilangan orang
tersayang boleh memuncak kepada keganasan dan pergolakan.
4.5.2 Anda patut tahu bahawa politik yang mempergunakan kaum dan
agama adalah sebatian letupan yang sangat bahaya. Ditambah dengan situasi
kejatuhan ekonomi kita perlu mengekalkan ikatan dan hubungan kaum dan
keharmonian antara agama. Ini tidak boleh sama sekali dikompromikan oleh
gerombolan yang sedang marah.
4.6 INSTITUSI BERAJA
4.6.1 Sangat perlu ditekankan bahawa institusi beraja di
Malaysia adalah tiang yang perlu sentiasa dipertahankan walau dengan apa sekali
pun.
4.6.2 Prestasi anda yang mengecewakan sebagai Perdana Menteri
mungkin menyebabkan hilang rasa hormat dan kemurkaan institusi beraja terhadap
tugas murni kita untuk memeliharanya dan mengembalikan KEYAKINAN dan KESETIAAN
rakyat kepada INSTITUSI BERAJA yang disanjungi.
Saya berdoa dan berharap YAB akan melakukan tindakan dan
pengorbanan terpuji dengan melepaskan jawatan untuk kepentingan negara.
Tindakan mulia ini akan terpahat di hati seluruh rakyat Malaysia dan legasi
anda akan ditandai dengan pengorbanan tertinggi yang sentiasa diingati.
Yang tulus ikhlas,
RONNIE LIU
Mewakilli rakyat yang sedang menderita.
10.06.2021