Sidang Parlimen: Apa yang diminta, itulah yang kita dapat, hanya Tun M saja minta kuasa

 

Sidang Parlimen: Apa yang diminta, itulah yang kita dapat, hanya Tun M saja minta kuasa

1- Semua ketua parti yang mengadap YDP Agong.. Semua hanya minta sidang Parlimen diadakan.. Ada yang minta Moratorium, Ada yang minta I-Sinar..Ada yang hantar Proposal bagaimana nak hadapi Covid-19..Hanya Tun Mahathir saja datang meminta kuasa..

2- Jadi seperti aku tulis sebelum ini, Maka tibalah masa semua pemimpin parti Politik berterima kasih kepada YDP Agong kerana mendengar semua rintihan ketua parti yang mahukan Sidang Parlimen segera diadakan.. Pada mereka, dengan Sidang Parlimen semua masalah negara akan selesai..

3- Jadi janganlah selepas ini ada yang Derhaka, mengetuk ngetuk skrin HP ketika live memanggil Tuanku.. Depa tanya Tuan ku dengar tak ni ? Dengar ke tak.. Minggu lepas, YDP Agong telah mendengar semua rintihan, Sampaikan masalah Moratorium pun nak diadukan kepada YDP Agong..

4- Hanya Tun Mahathir saja meminta kuasa, Betul ! Aku sendiri menolak idea Mageran yg dicadangkan Tun Mahathir, tetapi tujuan dan matlamat mengambil kuasa dari Kerajaan Gagal itu tepat..Letak lah apa istilah pun.. Mageran ker..PM Interim ker..Kerajaan Perpaduan ker.. Paling penting Kerajaan Gagal mesti diganti.. Mesti zahirkan Kerajaan Mahiaddin sudah hilang sokongan..

5- Patutlah Mahiaddin semalam kelam kabut bentangkan Pelan Pemulihan, hari ini YDP Agong dan Raja raja minta semua MP bincangkan tentang Pelan Pemulihan..Maksudnya kena sokong lah.. jadi surat Istana yang meminta semua MP menyokong belanjawanSidang Parlimen berulang..

6- Itu sebab aku merayu, Pembangkang Bersatu.. Kalau tidak mahu terima Tun Mahathir pun.. semua MP UMNO, Nak zahirkan Sokongan kepada Ds Anwar sebagai PM ..Maka lakukan lah.. Duduk bersama buktikan sekarang Mahiaddin dah hilang Sokongan..

7- Sewajarnya kita Ketepikan Perbezaan Politik untuk gantikan Pemerintahan Kerajaan yang gagal.. Kerana kewujudan Kerajaan gagal itulah punca dan kunci kepada segala Kegagalan.. Apa pun semua peluang itu sudah berlalu..

8- Terima kasih lah yang memberikan Cadangan kepada YDP Agong untuk segera buka Parlimen.. Suara anda telah didengar.. Jangan ketuk ketuk skrin lagi dan biadap pada Tuanku YDP Agong lepas ni..Pandai pandai jer kata YDP Agong tak dengar rintihan Rakyat..

9- Kita harapkan Game Changer, tapi dapat game over.. 🙂

Ipohmali