1. Saya membaca tulisan Us Hadi pagi ini, dan nampaknya ia tidak lebih dari usaha Us Hadi untuk memanjangkan ‘pajakan otak’ para pengikut supaya terus wala’ dan memberikan kepercayaan kepada beliau dan pimpinan Pas dalam hal sepak terajang politik, sekalipun sudah banyak ‘strategi’ politik Pas yang berubah menjadi tragedi kepada parti tersebut.
2. Seperti biasa, Us Hadi akan menyulamkan tulisan dan ucapan beliau dengan ayat-ayat Al-Quran yang ‘terkadang’ dipasang pada tempat yang tidak selayaknya, dan seperti biasa UHaHa akan menukilkan ayat yang mengambarkan bahawa mereka bersama dengan Al Quran, manakala pihak yang berseberangan dengan mereka adalah musuh ‘Islam’, bahkan musuh Allah SWT. Demikianlah ‘tabiat’ Us Hadi dalam berinteraksi dengan Al Quran.
SAYA AKAN ULAS, DUA POINT YANG MENJADI ‘MAHAR’ UNTUK MENERUSKAN PAJAKAN OTAK PARA PENGIKUT SETIANYA. (Print screen disertakan)
3. UHaHa berkata “lebih berbahaya bagi umat dan negara apabila ada di kalangan mereka ………..” (Rujuk SS di bawah). ULASAN SAYA ; Us Hadi mengatakan bahawa yang paling berbahaya apabila ada di kalangan umat yang bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk MUSUH AGAMA, UMAT DAN RAJA ?
Soalnya ; A Siapakah MUSUH AGAMA itu ? Dalam Malaysia ini, semua parti ‘pernah’ dicop sebagai MUSUH AGAMA oleh parti Us Hadi mengikut kesesuaian ‘nafsu serakah’ politik Us Hadi.
b. UMNO dan BN ? Bukankah dengan mati melawan mereka, maka mati itu mati syahid ? Bukankah Al Marhum Osman Talib dalam peristiwa Lubuk Merbau diisytiharkan SYAHID oleh Pas ? Bukankah beliau SYAHID kerana melawan UMNO yang merupakan musuh Allah ?
c. DAP dan PH ? Mungkin ini yang dikehendaki oleh Us Hadi, tetapi sepanjang enam tahun terakhir, Us Hadi tidak pernah mendatangkan bukti yang jelas bahawa DAP dan PH itu adalah MUSUH AGAMA ?, dakwaan ini tidak lebih dari serbuk perisa ‘hilal’ untuk memancing para pengikut supaya terus berwala kepada Us Hadi dan pimpinan mereka.
d. BERSATU ? Parti yang menjadi ‘pimpinan’ kepada Pas hari ini pernah bersama PH, apakah Us Hadi telah ‘mensucikan’ mereka sehingga mereka ‘sesuci murni’, atau adakah kalau parti ini ‘ghuyub’ ketika itu mereka kembali menjadi MUSUH AGAMA ?
4. Dalam satu perenggan yang lain Us Hadi mengingatkan generasi muda supaya tidak terpengaruh dengan media …. (Rujuk SS di bawah).
Ini satu ingatan yang bagus untuk generasi muda yang tidak pernah ‘mengalami zaman itu’ ;
a. Zaman masyarakat Islam dibahagikan kepada dua ekstrim ; ekstrim AGAMA, atau ekstrim BANGSA. Antara pelaku utamanya adalah Us Hadi.
b. Zaman segala istilah ‘hukum’ ; kafir, murtad, munafiq, musuh Islam dan sebagainya begitu mudah dijaja. Dan ‘tokey’ utama untuk lelongan itu adalah Us Hadi.
c. Zaman penentangan hanya bersalutkan ‘ceramah berapi’ dan pajakan otak para pengikut.
Zaman itu terlalu perit untuk kita hidupkan kembali. Us Hadi tidak pernah ‘berubah’, bahkan beliau beristiqamah untuk terus ‘menyerang’ semua musuh politiknya berbekalkan ‘nas’ yang sama cuma, diubah pihak yang disasarkan. Us Hadi juga akan mensucikan semua pihak yang bersama beliau dengan hujah yang sama, cuma diubahsuai sasarannya.
Dari jendela dangau sang Hamba
Derang, Perlembahan Ilmu
081142 / 11.30 pagi