Akhirnya Penasihat Perubatan MARii letak jawatan
Selepas diserang kiri dan kanan, akhirnya agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MARii mengumumkan perletakan jawatan penasihat perubatannya, Dr Mohamad Faizal Mohamad Anwar (Gambar kiri “Kami mengucapkan terima kasih atas jasanya di bidang yang berkaitan dengan sistem pengurusan kesihatan berdasarkan data, dan mengucapkan semoga berjaya dalam usaha di masa depannya,” kata MARii dalam satu kenyataannya.),
Hari ini, The Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii) mengumumkan perletakan jawatan Faizal yang didakwa telah digantung lesen untuk praktis di Australia itu.
Sebelum ini, MITI yang menterinya adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikritik hebat kerana melantik Dr Faizal sebagai Penasihat Pengurusan Data Perubatan dan Kesihatan MARii.
MD