Ada seorang peguam cap ayam pro atok, dia tulis jika PH tolak
cadangan atok untuk adakan Mageran, adakah PH boleh terima Mageran jika Agong
lantik Anwar ketuai Mageran?
Jawapannya mudah. PH tolak Mageran kerana prinsip bukan siapa
ketuai Mageran. PH menolak cadangan atok, bukannya titah Agong. Agong pun tidak
pernah sebut pasal Mageran. Atok yang cadang dan atok juga tawar diri untuk
ketuai Mageran. Kena faham situ dulu.
Seandainya Agong bertitah untuk wujudkan Mageran dan melantik
sesiapa pun mengetuainya, itu perkara lain. Apakah PH mahu engkar titah Agong?
Jika Agong lantik atok ketuai Agong, adakah PH akan menentang titah Agong? Jika
Agong lantik Anwar ketuai Mageran, adakah PH tetap menentang titah Agong?
Jadi, jangan jadi bodoh untuk menyamakan cadangan atok dengan
titah Agong. Peguam cap ayam ini akan sokong apa jua yang keluar dari mulut
atok, tetapi bodohnya dia apabila dia mahu menyamakan atok dengan Agong.
WFAUZDIN NS