CONTOH PELIKNYA PAS SEKARANG.MENUMPUKAN JAWATAN LEBIH PENTING DARI PERJUANGAN YANG DILAUNGKAN SUATU KETIKA DAHULU.
DAYANA SOFEA
Saya hampir terkedu setiap kali kawankawan lama bertanya, "Apa
sudah jadi dengan Pas?". Sukar sekali saya untuk menjawabnya kerana saya
sendiri sering tertanya-tanya soalan yang sama di dalam hati saya.
"Mengapa Pas tidak melaksanakan keadilan Islam, yakni
meletakkan sesuatu kepada tempatnya berkaitan pemerintahan berkerajaan? Pas
semestinya tahu dan sedar, PM sekarang jelas tiada sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen, jauh sekali sokongan dari mandat rakyat kerana rakyat tidak pernah
memilih PN mahupun Bersatu untuk jadi kerajaan". Mengapa Pas redha dan
bersekongkol dengan PM dan kerajaan seumpama ini? Meletakkan PM dan kerajaan
bukan pada tempatnya itu 'tidak adil',. Tidak adil itu bermaksud zalim. Apakah
Pas sekarang menyokong kezaliman hanya kerana ditawarkan jawatan menteri dan
jawatan2 lain?"
Maka, tidak peliklah kalau sekarang ini jelas kelihatan
perpecahan di dalam PN, Umno dan Pas itu sendiri. Inikah balasan Allah kepada
perbuatan merestui pengkhianatan?