PENDUSTAAN POLITIK YANG MENJIJIK KAN

 

Pak Aji B sememangnya penganut politik Machiavelli. Matlamat menghalalkan cara lepastu dia kata org lain yg amal politik sekular walhal dia la pegamal sekularTAHIKlisme. Tu pasal jadi JIJIK. PNdengki no wahid, Suu' betoi la Iblis berserban tu. Elok lah dia kawan sama SETAN Tua. Dah kena dahh.....MSO kata kembar siam sebab sama2 benci dan dendamkan DSAI.

Wallahualam

- Zus Din (22 June 2021)

******************************

PENDUSTAAN POLITIK YANG MENJIJIKKAN

Saya perhatikan sahabat saya yang juga merupakan aktivis Pas suatu masa dahulu Tarmizi Mohd Jam membuat catatan dan pengepos dalam medsos beliau bermacam macam pendapat, hukum dan cita cita Hadi Awang yang bercanggah antara satu sama lain. Macam macam bentuk pendustaan politik Hadi Awang.

Ada percanggahan pendapat presiden Pas yang kini keuzuran itu sangat menjolok mata dan jijik sekali. Ia semacam dilontarkan oleh bukan oleh orang yang sama. Kontrasnya ketara sekali. Saya tidak mahu memetiknya kesemua percanggahan pendapat, atau pun pendustaan politik Hadi, yang pernah dilakukan itu yang seperti disebut Tarmizi. Anda boleh selek dan menelitinya sendiri.

Tetapi cukup kalau saya mengutip pandangannya dan pendustaan politiknya terhadap Umno sebelum ini. Fatwanya sangat berat mengenai Umno sehingga menuduh Umno sebagai kafir. Pernyataan beliau yang dikenali dengan Amanat Haji Hadi, menjelaskan apa yang menjadi pendirian dan pegangannya.

Hadi sesudah berdekad menanamkan kebencian itu kepada Umno dalam kalangan pengikutnya, (orang Pas), tiba tiba beliau menarik handbreak, dengan menukar fatwa bukan sahaja boleh berkawan dengan Umno tetapi meminta ahli Pas mengundi MCA. Perubahan itu sungguh mengejutkan. Sebuah pantunnya menghalalkan MCA tentu masih ingat. Apa dilakukan itu semua demi kuasa bukan kerana prinsip hukum diyakininya sebelum ini

Sebenarnya bila kita kenali Hadi Awang dan tahu sejarah dan genetiknya tidak akan berasa pelik dengan perubahan dirinya itu. Beliau terkenal tokoh yang hadir dengan sejuta anologi dan dalil yang naif. Dia seorang pengamal politik Machiavellism yang tegar, sampai sanggup membolak balikkan hukum agama dan menodai prinsipnya sendiri. Sejahat jahat politis lain tidak tergamak untuk menunggangkan hujum agama semata mata kerana politik. Beliau bernasib baik kerana pengikutnya sudah terbius.

Yang dikesali dan hairan ialah kepada ahli Pas dan mereka menyokongnya. Apakah mereka yakin dengan menyokong parti dipimpin oleh orang seperti itu mereka masih menganggap benar dan haq? Masih dapat mengetuk pintu syurga dengan terus berpegang demikian. Apakah mereka menyetujui apa yang Hadi kata tanpa bahas?

Itu yang dikesali. Dan dusta dusta politik Hadi Awang tidak akan luput selagi beliau tidak meralatkan apa apa yang disebut dalam pernyataan dipanggil Amanah Haji Hadi itu. Dosa Hadi dengan Umno tidak terampun jika beliau tidak menarik dengan taubat sebab ada yang boleh melupainya tetapi ada yang tidak akan memaafkannya. Demikian juga kemenangan Pas di Terengganu hasil mempengaruhi rakyat dengan fatwa dan hukum gilanya itu boleh dianggap sebagai tidak halal. Trims.

- MSO