“Begitulah juga kita lihat di Malaysia. Apabila Islamis diberi peluang berkuasa, kita lihat dalam suasana kemiskinan dan rakyat susah menghadapi pandemik Covid-19, yang diutamakan di Kelantan ialah membeli kereta-kereta baharu Mercedes.
“Kita mahu umat Islam yang selalu menyanjungi golongan Islamis ini mestilah mereka bergerak di samping terus mempertahankan soal fiqah iaitu haram, halal, makruh atau boleh dan tidak boleh,” tegasnya.