NENEK INI PERSOAL LANGKAH KERAJAAN PULIHKAN EKONOMI.MANA DIA STRATEGI PULIHKAN EKONOMI ?

 

Pelan Pemulihan Negara: Mana strategi pulihkan negara? Rafidah tanya Muhyiddin





facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Rafidah Aziz berkata, Muhyiddin Yassin gagal menyentuh beberapa isu penting atau menggariskan strategi dengan beberapa pendekatan yang boleh dilaksanakan segera.

PETALING JAYA: Rafidah Aziz mengkritik Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri petang semalam  dengan mengatakan bahawa tiada strategi digariskan dalam melangkah ke depan.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, Muhyiddin Yassin tidak memperincikan rancangan untuk menangani isu-isu yang berlegar sekitar sektor ekonomi dan pendidikan mahupun krisis kesihatan akibat pandemik Covid-19

Muhyiddin juga tidak menyentuh tentang bagaimana Malaysia akan memasuki semula pasaran ekonomi serantau dan global atau menjana peluang pekerjaan untuk penduduknya, kata Rafifah.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga tidak menerangkan strategi kerajaan menguruskan kerugian yang ditanggung disebabkan oleh “penutupan sektor pendidikan dan pekerjaan” untuk tempoh 15 bulan lalu, tambah beliau.

Kata Rafidah , ada keperluan untuk mengkaji semula penyampaian pendidikan di semua peringkat.

Katanya, Muhyiddin juga tidak mengumumkan apa-apa pelepasan cukai.

“Kerajaan perlu menerapkan pendekatan proaktif untuk rancangan pemulihan nasional berdasarkan impak di semua bidang kemasyarakatan dan ekonomi, akibat pandemik Covid-19,” katanya melalui pesanan teks kepada FMT.

Rafidah berkata, Putrajaya mesti melaksanakan perancangan selari dengan pengurusan wabak, dengan mengkaji semula undang-undang dan prosedur menyusahkan, menyediakan peluang pekerjaan dan memperkenalkan pelepasan cukai untuk menggalak dan menghidupkan semula sektor perniagaan.

Dalam perutusan disiarkan secara langsung petang  semalam, Muhyiddin berkata Pelan Pemulihan Negara akan membabitkan empat fasa dengan semua sektor dijangka beroperasi semula pada fasa keempat pemulihan.

Katanya, ia melibatkan pelan peralihan fasa perintah kawalan pergerakan secara berperingkat.

Beliau berkata, negara akan beralih ke Fasa 4 apabila berjaya mencapai purata kes harian Covid-19 ke paras bawah 500, sistem kesihatan awam berada di paras selamat dan 60% penduduk lengkap dos suntikan vaksin.

Muhyiddin berkata, berdasarkan unjuran pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, peralihan itu dijangka dapat dilaksanakan seawal akhir Oktober.