KAK IDA ABDULLAH
Khalifah Umar Abdul Aziz memerintah penuh adil. Dua tahun tidak
lama tetapi negaranya dipayungi rahmat dan barakah Allah. Buminya subur,
rakyatnya makmur sehingga tiada yang layak menerima zakat, terlindung dari
penyakit merbahaya dan berjangkit.
Membaca ceritanya sudah mendatangkan bahagia, tapi tiada
pemerintah ingin berusaha menjayakannya. Tiada pun pemerintahan Khalifah Umar
Al Aziz disebut dibibir pemimpin Islam membicarakannnya.
Apabila sdr Lim Guan Eng menyatakan hasrat murni beliau ingin
mentadbir seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, beliau disindir, dipersenda oleh
para Muslim yang bersyahadah. Mereka gagal berdakwah sehingga Lim Guan Eng
beriman, malah mengelirukan dan menjauhkannya dari Islam dan mengenal Tuhan.
Apabila 2 orang Yahudi ditanya rahsia kehebatan mereka oleh
Habibie dan mendapat jawapan, menangis Habibie dan mengikuti langkah Yahudi
sehingga beliau mengalahkan mereka dan kekal sebagai seorang Muslim yang lebih
baik.
Dalam membesarkan anak-anak adalah tanggungjawab setiap ibu bapa
juga setiap orang dewasa berakal waras yang walau tiada kena mengena dengan
anak itu mendidiknya menjadi insan yang akan memberi manfaat kepada insan lain
bukan sekadar menjadi insan berjaya untuk dirinya. Saya menjadi saksi,
mendengar seorang graduan perubatan warga Afrika yang memberi ucapan pada hari
Konvokesyen (di Moscow), "it takes a village to raise a child" kerana
keputusan cemerlangnya. Walau ibubapanya atau wakil dari perkampungan tidak
berkemampuan untuk ke sana meraikan kejayaannya dia telah berjanji akan memberi
khidmat yang akan memanfaat kaumnya. Sedangkan jika anak kita graduan sebagai
seorang doktor sudah berkira-kira harta yang bakal dikumpulnya.
Seorang kaya bukan sipenggumpul harta seperti Qarun tetapi
seperti Abdurrahman bin Auf yang kekayaan hanya singgah sebentar kepadanya
untuk mengalir kepada ummah dengan adil.
Jika Anwar Ibrahim dapat mentadbir negara ini dengan membanteras
rasuah dua tahun atau dua bulan sekalipun di mana salahnya sehingga usahanya
ditolak dan dipersenda? Jika rasuah yang telah membarah dalam negara yang
sedikit demi sedikit tercabut barakahnya mahu dimatikan oleh Anwar tidakkah
negara, sultan dan rakyat akan mendapat manfaat darinya?
Pastinya negara, sultan dan rakyat mendapat rahmat dan berkat
jika rasuah berjaya dibasmi oleh pentadbiran Anwar Ibrahim, persoalannya KENAPA
BELIAU DISEKAT?
Jika tangan para Sultan, yang saya amat yakin ingin membantu
rakyat mereka yang ramai tenat di waktu ini diikat kerana tidak dapat memecat
Perdana Menteri yang berkhianat, apa yang perlu rakyat dan para sultan lakukan
untuk menyelamatkan negara yang menuju kehancuran? Pasti ada solusi pada setiap
permasalahan.
Perlu diingat dan faham, rakyat dan para sultan berpisah tiada
sedangkan ahli politik jujur tidak berdosa diberi sokongan dan yang zalim haram
dikekalkan.
Semuga para sultan mencapai jalan
terbaik
membela rakyat kerana janji Allah melindungi rakyat dengan
rahmat apabila Khalifah yang diamanah menjaga hamba-hambaNYA memerintah dengan
adil dan saksama.