Laporan Polis Ke Atas Takiyuddin



SIMPANG RENGGAM : Tindakan melecehkan titah Baginda Tuanku Agong dianggap sebagai sembah derhaka.


Perkara sebegini adalah kelakuan melampau, tidak boleh dimaafkan begitu sahaja dan mesti diambil tindakan.


Sehubungan dengan itu, KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) Simpang Renggam membuat laporan Polis terhadap tindakan Menteri Undang-undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang didakwa memperlecehkan titah Yang di-Pertuan Agong untuk membuka sidang Parlimen sesegera mungkin.


Menurut Sdr Faizul Abd Ghani, Setiausaha Cabang KEADILAN, satu laporan Polis telah beliau buat di Balai Polis Simpang Renggam pada 18 Jun 2021.


"Saya ingin membuat laporan Polis terhadap YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-undang) Malaysia," kata Sdr Faizul.


Antara kandungan laporan Polis adalah seperti berikut : 


Saya ada terbaca satu artikel online dari Malaysian Gazzette terkait kenyataan beliau yang berbunyi : 


"YDPA tidak titah bulan berapa untuk buka sidang Parlimen, PM sudah nyatakan akan buka parlimen pada September."


Ini jelas amat bertentangan dengan titah Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang memutuskan agar Parlimen bersidang pada kadar segera. 


Saya mohon pihak polis membuka kertas siasatan segera dan menyiasat YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan kerana cubaan menghasut rakyat untuk Mengingkari dan Menderhaka kepada Titah YDP Agong.


Tindakan beliau ini amat berbahaya kerana dengan kedudukannya sebagai Menteri Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, dia berani menidakkan dan menafikan Titah YDP Agong supaya Parlimen untuk bersidang dengan kadar segera. 


Tambah Sdr Faizul yang juga merupakan anggota NGO Generasi Keadilan lagi bahawa beliau telah membuat laporan Polis pada sebelah pagi dan pada sebelah petang beliau telah dipanggil ke IPD Kluang untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi mengesahkan laporan.


"Itu prosedur biasa setiap kali membuat laporan,  memang ia agak meletihkan tetapi puas hati dan kami akan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa," ujar Sdr Faizul dengan tegas. -PeneranganKEADILANSR