MOHD HAFIZUL HAKIMI
Malaysia ni jadi bingung macam sekarang sebab kita ada 3 krisis
yang berlaku serentak; kesihatan, ekonomi, dan politik.
Untuk landaikan lengkuk Covid-19, cara yang ampuh ialah buat
total lockdown macam PKP 1 dulu. Semua orang duduk rumah. Tapi kerajaan tak
sanggup sebab akan membarahkan lagi krisis ekonomi, kena cari cash nak bubuh
dalam poket rakyat, kena hadap bank nak buat moratorium, ekonomi menguncup,
bisnes lingkup, dan nak hidupkan semula ekonomi adalah satu cabaran yang besar.
Impak jika tutup sektor ekonomi sepenuhnya tak dapat diserap oleh kerajaan.
Jadi kerajaan terpaksa leverage sektor ekonomi dengan jadual
vaksin. Atau sebenarnya tengah berlumba. Sama-sama berlari lepas tu harap-harap
vaksin dapat pintas dan akhirnya menang over sektor ekonomi, tapi dengan syarat
perlumbaan ni masih dalam track 'kemampuan hospital dan ICU' untuk rawat
jangkitan Covid-19.
Pembekalan vaksin pulak ada masalah berantai; lambat lulus,
lambat PO, lambat sampai, lambat cucuk. Aku takde nak judge NPRA sebab aku
yakin mereka ada prosedur yang ketat untuk luluskan vaksin.
Kerajaan berhadapan dengan deadlock ekonomi vs kesihatan bila
bekalan vaksin tertangguh. Benda ni disahkan oleh twit DG yang kata lockdown ni
untuk nak beli masa je, bukan untuk lawan pandemik. Nak buat total lockdown
ekonomi ranap, bila bukak sekerat sekerat maka dapatlah kes 5,000 sehari
walaupun dah nak masuk sebulan buat total lockdown versi Azmin.
Sambil-sambil sektor ekonomi dan kadar vaksin tengah berlumba,
kita ada krisis politik.
Krisis politik ni bunyi macam umum sangat. Sebenarnya lebih
tepat ialah kita ada krisis kepemimpinan (yang takde guts sampaikan takut nak
berhadapan dengan wartawan dan pancing sokongan dengan sogokan & ancaman),
krisis keabsahan kerajaan (berselindung di sebalik Ordinan Darurat), dan krisis
perlembagaan (seperti kata Dr Aziz Bari).
Deadlock politik yang kita sedang alami sekarang ni tak lain tak
bukan berpunca dari Langkah Sheraton (pakatan politik separuh masak) dan game
yang dimainkan oleh Mahathir untuk kekal berkuasa. Deadlock ini menyebabkan
kerajaan PN jadi tak kukuh dan mengalami trust deficit.
Untuk lebih jelas apa yang berlaku cuba kita buat breakdown
sikit:
PPBM & Azmin: Tak ada akar umbi, tak ready nak masuk PRU,
rakyat muak dan benci, takde pelapis kepimpinan, banyak rangka dalam almari,
tak dapat tidak kena dominan dalam kerajaan kalau tak nak tamat riwayat
politik, banyak gali lubang baru untuk kambus lubang lama, menteri tak perform.
Cuba untuk tekan Umno bagi menaikkan Bersatu, tapi tak nampak jalan.
GPS: Lebih senang laverage kepentingan negeri melalui PN yang
tengah terdesak. Dah bakar jambatan dengan DAP (PH).
PEJUANG: Menteri tak luluskan pendaftaran, takde akar umbi,
bergantung kepada Mahathir sahaja. Tak nak semua orang jadi PM (Anwar dan
Muhyiddin) kecuali Mahathir atau Mukhriz sahaja, dan Shafie Apdal sebagai
pilihan terakhir.
WARISAN: Tak tau nak makan belah mana. Nak join PN tak nampak
jalan, dengan PH jual mahal, dan nampak cenderung nak buat blok dengan Pejuang
untuk laverage apa-apa tuntutan politik. PRN Sabah memberi indikator populariti
Warisan merudum.
UMNO: Paling kurang pecah tiga.
1. Team Zahid yang ada laverage MT. Dalam team ni ada kluster
mahkamah, yang tak diberi tempat oleh Muhyiddin dalam kerajaan. Team Zahid
tolak kerjasama dengan Bersatu dan berjaya jadikan resolusi PAU. Zahid
dikatakan ada deal dengan Anwar untuk jatuhkan PN dan bentuk kerajaan baru
dengan PH. Tapi ada team kedua dan ketiga yang tak boleh nak terima hakikat
berketuakan Anwar. Mereka yang percaya autoriti MT dan parti lebih tinggi dari
kepentingan individu, akan menyebelahi team ni.
2. Team kluster menteri diketuai Hishammuddin yang mesra PN.
Depa ni tak yakin dengan kepemimpinan Zahid sebab Zahid adalah liabiliti kepada
Umno. Old school, leadership lemah, takde karisma, ada kes mahkamah dan boleh
diugut oleh sesiapa saja. Mereka sama ada reda Muhyiddin jadi PM dan Azmin TPM,
atau buat gerakan senyap-senyap untuk jolok Hishammuddin jadi PM. Dasar depa
ialah no Anwar no DAP (tapi yes Bersatu yang dah ditolak dalam PAU). Nazri kata
mereka dah kumpul 25 MP, tapi mandat depa ni bukan dari MT Umno. Ini kita
panggil jemaah dalam jemaah kihkih. SD dari MP Umno yang tolak Zahid ini hanya
membuktikan bahawa tiada lagi sokongan en block Umno kepada Muhyiddin, dan
mengesahkan kerajaan Muhyiddin sekarang ni dah takde majoriti dan tak absah.
3. Team Ku Li. Team ni tak tahulah siapa pengikutnya, tapi kita
boleh katakan ini team paling sembang berapi tapi habuk pun tarak. Kata nak
tarik sokongan lah, buat PC dengan Mahathir lah, alih-alih masuk Parlimen tak
mengundi dan biarkan Mahathir terkontang-kanting.
Kewujudan team kedua dalam Umno telah mendesak untuk Umno
segerakan pemilihan parti. Kita kena ingat yang Zahid menang (78 undi) sebab
taktikal KJ (53 undi) masuk last minit dan menyebabkan Ku Li cuma dapat 28
undi. Maksudnya masa itu Zahid dapat undi tak sampai separuh dan menang sebab
pecah undi. Jadi kalau boleh team Zahid mestilah tak nak buat pemilihan sebelum
PRU, sebab ia akan menggugat kedudukan Zahid yang sekarang ada autoriti untuk
sign watikah calon. Team Hishammuddin dah all out dan kalau takde perdamaian,
berisiko untuk dibuang dari senarai calon. Masa itu Umno mungkin akan lagi
teruk berpecah.
Masalah dalam BN pula, MCA dan MIC tak suka Umno jadi besar
kepala, buat keputusan unilateral untuk keluar PN dan bergabung dengan PH. MCA
pulak tak mungkin bergabung dengan DAP melalui PHplus.
PAS: Cuba nak jadi orang tengah antara PPBM dan Umbo, tapi
nampaknya lebih selesa dengan Bersatu sebab Pas akan menyondol siapa saja yang
tengah berkuasa. Dulu nak ke Mahathir, sekarang Gagasan Sejahtera entah ke
mana, Muafakat Nasional pun terkubur di Janda Baik. Pas tahu bila dia jadi
kerajaan, semua slogan-slogan dan modal-modal ceramah terpaksa dicampak ke laut.
Jadi Pas akan terus prehhh isu-isu agama dan perkauman, dan pulas segala dalil
untuk menghalalkan keputusan politik dia. Bayangkan raja bekam pun dah cemuih
dan mufaraqah dari politk Pas.
PH (PKR-DAP-Amanah): Buat masa ini PH masih intact. Dulu bila
nak reclaim mandat PRU-14, Amanah dan DAP macam tergila-gila sangat dengan team
Mahathir. Tapi lepas Mahathir nak buat Mageran ni tak tahulah ada lagi ke tak
yang gila talak, kalau ada pun mungkin di peringkat individu kot. Ada lah 3-4
orang yang melompat sebab ada bangkai dalam almari, yang ni tak boleh buat apa
sebab PN-Muhyiddin ada upper hand. PH stuck dengan Anwar PM-9 yang ramai musuh
politik sejak zaman berzaman, DAP pun banyak musuh semulajadi, Amanah pulak aku
tak tahu nak komen macam mana (dan masih stuck dengan Mat Sabu yang aku dah
bosan dengar ucapan dia).
Amanah dan DAP masih cuba nak tarik Pejuang dan Warisan (tak
tahulah dah berhenti ke belum), dalam masa yang sama tak boleh terima strategi
PKR nak buat ally dengan Umno.
Kesimpulan yang tak tersimpul
Untuk menghadapi krisis negara yang teruk macam sekarang, memang
kita perlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil, yang dipilih oleh majoriti
rakyat, bukan kerajaan tebuk atap atau #KerajaanGagal.
Supaya kita boleh kembalikan public trust kepada kerajaan, dan dari situ
barulah dasar dan arahan kerajaan jadi lebih berkesan.
Tapi itulah, YDPA dan Majlis Raja Raja dah cuba bagi direction
hari tu, kita berserabut pulak dengan tafsiran Perlembagaan. Inilah yang
disebut oleh Dr Aziz Bari sebagai krisis perlembagaan, sebab terbuka kepada
banyak tafsiran yang berasas tapi akhirnya tafsiran yang autoritatif akan
dilihat menyebelahi pihak yang berkuasa. Krisis ini akan jadi lagi parah pada 1
Ogos nanti, kalau tiba-tiba Kabinet menasihati YDPA untuk sambung perintah
Darurat sebagaimana Kabinet juga boleh menasihat YDPA bila sepatutnya Parlimen
bersidang. Kalau benda ni terjadi, Agong nak buat apa? Peguam Negara dah buat
kenyataan semalam yang proses ini adalah berperlembagaan di bawah Perkara 40(1)
-- walaupun tak selari pulak dengan Seksyen 2 Ordinan Darurat.
Deadlock antara parti-parti politik ini aku rasa menjadi faktor
utama kenapa kita tak akan dapat kerajaan yang stabil dalam masa terdekat,
meskipun kalau terbentuk kerajaan perpaduan versi PH. Kecuali back to square
one iaitu PRU. Apa nak jadi lepas PRU-15 boleh bincang kemudian sebab masa itu
apa yang ada atas meja setiap parti mungkin berbeza dengan pasca PRU-14.