Sempena Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2020, saya mengucapkan
selamat berkongres kepada Perwakilan KEADILAN di seluruh pelusuk tanahair.
KEADILAN akan menganjurkan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN
yang ditangguh sebelum ini pada tarikh baharu 20 Jun 2021, mulai dari jam 9.00
pagi sehingga 2.00 petang.
Pelaksanaan Kongres ini adalah secara dalam talian sepenuhnya
tanpa melibatkan aktiviti berkumpul secara fizikal, di mana 2,000 perwakilan
akan sertai menerusi aplikasi Zoom dari rumah masing-masing.
Selain itu juga, saya turut memanjangkan jemputan daripada
Sekretariat Kongres Parti Keadilan Rakyat
kepada segenap lapisan rakyat Malaysia untuk mengikuti perjalanan Kongres ini
menerusi siaran langsung di Facebook Parti yang mana pentasnya akan
disempurnakan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kongres KEADILAN kali ini akan memfokuskan bicara yang meliputi
isu utama tanahair termasuk ekonomi, kesihatan awam dan pemulihan demokrasi di
negara kita.
#KongresKEADILAN
#KEADILAN #PartiKeADILanRakyat
#Malaysia