INILAH SEBABNYA KERAJAAN TIDAK MESRA RAKYAT INI MESTI SEGERA DITUMBANGKAN…

 

Ini antara kisah berkait permohonan moratorium automatik bersasar PKP 3.0 yang dikongsikan kepada saya:

1) Dia punya temuduga untuk dapatkan moratorium ibarat mahu mohon jawatan Pengarah. Tidak semudah seperti dikhabarkan.

Baki gaji berapa? Berapa guna untuk belanja? dan akhirnya bank maklumkan baki gaji cukup untuk bayar ansuran kereta.

Memanglah cukup (bayar ansuran kereta), tetapi mana cukup tampung seisi keluarga pada waktu pendapatan isi rumah sedang terjejas.

Dan bank terus kategorikan sebagai golongan M40 (tidak layak dapat moratorium automatik).

2) Bank kenakan beberapa syarat untuk peniaga kecil yang mahu dapat moratorium.

Perlu tunjuk bukti hilang pendapatan semasa buat permohonan moratorium.

Masalahnya peniaga kecil tiada bukti selain penyata bank dan rekod rekod dalaman perniagaan.

Ramai peniaga kecil tidak ada slip gaji, penyata KWSP atau surat dibuang kerja.

Ada pula peminjam yang dapat moratorium wajib bayar faedah setiap bulan.

3) Kesimpulan daripada dua kisah ini pernah dengar peribahasa indah khabar dari rupa.

Maksudnya perkara baik yang diperkatakan tidaklah seperti yang digambarkan.

Atau dalam fahaman lebih mudah ‘cakap tidak serupa bikin’. ‘Manis di bibir memutar kata’.

Nak bantu rakyat bantulah sepenuh hati dan seikhlas mungkin. Janganlah terlalu berkira.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO.