“TIKAR yang kami bentang, tikar tu jugak kami terpaksa gulung.”
Itu antara kata-kata yang tertera di laman Facebook bekas pemain
kebangsaan Muhammad Khalid Jamlus, petang Ahad yang sekali gus turut
memaklumkan mengenai penutupan gerai makanannya ‘Gerai Daging Masak Lomak Cili
Api’ yang diusahakannya Lepak Court, Batu 7, Sijangkang, Kuala Langat, Selangor
sejak sembilan bulan lalu.
Menerusi laman Facebook miliknya itu, Khalid memaklumkan dia
tidak lagi mampu untuk meneruskan perniagaan berkenaan ekoran pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ketika ini.