BANTU PENIAGA KECIL SEMASA LOCKDOWN
(Dari Rafizi Ramli)
Ramai yang akan terkesan dengan perintah lockdown yang terbaru.
Kita tiada pilihan kecuali memainkan peranan kita menjaga pergerakan untuk
sama-sama melandaikan jangkitan wabak COVID.
Salah satu dari matlamat saya sejak kecil ialah untuk
membuktikan bahawa semua orang boleh berniaga dan tidak perlu bergantung kepada
bantuan sesiapa. Kalau dulu banyak halangan (dari segi modal, sewa bangunan
yang mahal, capaian kepada pelanggan), kini teknologi memudahkan segalanya.
Aplikasi meniaga dibangunkan khusus untuk memberi peluang kepada
semua orang untuk mula berniaga secara kecil-kecilan. Ia percuma kepada peniaga
(merchant) dan pembeli. Berbeza dengan aplikasi sedia ada yang mengambil antara
20% hingga 30% komisen atas jualan, meniaga tidak mengambil satu sen pun atas
setiap jualan dan belian.
Harapan saya lebih ramai yang mula berniaga dan lebih ramai yang
menyokong peniaga kecil dengan membeli jualan mereka. Kepada peniaga, jangan
letakkan harga yang terlalu tinggi kerana hanya produk yang baik pada harga
yang berpatutan yang akan kekal lama.
Membeli dari meniaga bermakna anda membantu ekonomi penduduk
setempat (kerana jualan dihadkan kepada peniaga dalam lingkungan 10 km),
membantu anak-anak muda yang menghantar jualan (melalui BungkusIt dan Lalamove)
dan membantu anak-anak muda rakyat Malaysia yang membangunkan aplikasi ini
secara percuma untuk orang ramai.
Lebih baik lagi jika anda juga berniaga dan menyokong peniaga
lain dengan membeli jualan mereka dari kawasan setempat. Kaedah membina ekonomi
setempat ini lebih berkesan untuk mengukuhkan keupayaan ekonomi rakyat biasa.
Muat turun aplikasi meniaga dari Apple Store dan Google Play
sekarang:
Apple Store
https://apps.apple.com/my/app/meniaga/id1516839999
Google Play
https://play.google.com/store/apps/details...
Setelah anda membuka gerai dan mula berniaga, pastikan anda
mempromosi gerai anda seperti berikut:
Aktifkan aplikasi meniaga setiap hari supaya dapat mengambil
tempahan (ada peniaga mahu berniaga tetapi telefon ditutup!)
Promosikan gerai anda dengan berkongsi di laman sosial dan
WhatsApp, gunakan butang yang disediakan di dalam aplikasi untuk mempromosikan
gerai anda.
Sebarkan kepada seramai mungkin kerana ini semangat #kitajagakita
yang paling mudah. Mereka yang terkesan dengan perintah lockdown terkini, boleh
cuba berniaga. Mereka yang ingin membeli sesuatu, belilah dari jiran-jiran
sekitar 10km yang dihantar ke rumah, tidak perlu keluar dari rumah.
Ada banyak cara untuk mengubah sesuatu. Ini cara yang paling
mudah buat masa sekarang untuk membantu sesama kita.
Rafizi Ramli