MOHAMAD EZAM NOR
HAMDAN TAHA - Timbalan Ketua Pemuda Keadilan pertama dan
pengasas Pemuda Keadilan.
Beliau pencetus SUMPAH KERAMAT bagi meniup kebangkitan semangat
gagahberani Pemuda melawan PM4 Mahathir disaat beliau PALING JAHAT dan
mengganas.
Hari ini Hamdan tampil gagahberani nyatakan kebenaran terhadap
seorang Menteri Kanan yang PALING JAHAT.
Syabas Saudaraku, perjuangan melawan kejahatan mmg tidak akan
pernah berhenti.
HAMDAN TAHA
Hello Azmin Ali
Jangan sesekali kamu dengan sengaja melambatkan semua proses
melawan covid 19 demi untuk kamu menyambung darurat di bumi malaysia ini
Cara gerak kerja kamu tidak ikhlas dan dengan sengaja tidak mahu
penularan covid 19 ini dapat di kurangkan dengan kadar segera
Kejahatan politik kamu membuktikan ada unsur ke arah itu
Perjalanan politik kamu membuktikan kamu adalah ahli politik
yang sanggup berbuat apa saja demi mencapai matlamat
Buktinya
1. Tun Dr M dan Tun Siti Hasmah pernah menjadi bapa angkat kamu
tetapi pada tahun 98 sehingga 2018 kamu tetap menyerang mereka berdua
2. Apabila Tun M berjaya menjadi PM semula kamu mula merapatkan
diri kamu semula dan menjadi hero mempertahankannya dan bermula lah siri
membunuh bos dan rakan akrab kamu Anwar Ibrahim pula demi mengejar kuasa
politik,sedangkan kamu lah yang menentang usaha menjadikan tun m perdana
menteri sebelum pru....kerana kamu berpendapat PH patut mencalunkan kamu
sebagai PM bukan tun m.....
3. Semasa kamu melobi untuk menjadi MB mengantikan Tan Sri
Khaled Ibrahim kamu tampa segan silu mencari jalan bertemu dengan Dato Seri
Najib dan Datin Rosmah untuk kamu alatkan mereka supaya menyakinkan Sultan
selangor menyokong kamu menjadi menteri besar mengunakan kaedah pintu belakang
walaupun PKR tidak senarai pendekkan nama kamu ketika itu...ini di ceritakan
sendiri oleh Dato Najib kepada saya...selepas jadi MB kamu lanyak Najib macam
sampah...
3. Kamu berpakat dengan Pas dalam perjumpaan dengan presiden Pas
untuk menghantar nama nama kepada Sultan selangor di situ lah kamu
mengperalatkan pas untuk kepentingan politik kamu. Di sudut lain kamu guna
semua orang supaya melobi sultan...
5. Hubungan kamu dan ibu juga keluarga sangat luarbiasa pelik
sehinggakan pergaduhan kamu sekeluarga menyebabkan negara menjadi gawat dan
kucar kacil sehingga sekarang...
6. Akhirnya kamu sekali lagi membunuh Bos kamu iaitu Anwar
Ibrahim dalam kes sheraton kerana kamu merasakan kamu akan menjadi lebih kuat
dan lebih dekat untuk menjadi timbalan perdana menteri jika bersama tun m atau
tan sri muhyuddin...
Terbukti cara kamu berpolitik hanya memikirkan kepentingan
peribadi semata mata walaupun sanggup berbuat apa dan kianat...matlamat
menghalalkan segala cara
Kali ini kamu kianat bukan kepada bos atau sesama ahli politik
tapi kamu mengkianat pula rakyat dan negara dengan mengatur strateji supaya
dapat mengekalkan kuasa kamu dengan mengunakan covid 19 sebagai nyawa politik kamu...
Kamu adalah seorang ahli politik tidak ada maruah dan jahat
bukan sekadar jahat tapi amat jahat
Ibu,bapa angkat,bos,sahabat,rakan,adik beradik,semuanya telah
kamu kianati untuk mencapai tahap sekarang...
Tapi kamu tidak akan berjaya kerana Allah itu benar benar ada
Bayangkan jika kes sandakan itu berlaku dalam bulan ramadan
kemudian kamu ke mekah selepas itu bermakna kamu tak rasa apa apa...Allah pun
kamu tipu...apatah lagi sesama manusia...
Begitu juga baru baru ini kamu memang bijak mengaturkan mengunakan
kementerian luar dan Perdana Menteri kononnya ke saudi menarik pelabur tapi
sesiapa yang kenal rapat dengan kamu tahu walaupun kamu hebat tapi perasaan
rendah diri takut pada diri,hati kamu itu kecil mudah merajuk kita
tahu....bukan saja tahu amat tahu...
Dan kamu gunakan kesempatan ke mekah dan cuci lantai di
masjidiharam itu adalah lakunan untuk kamu tunjuk bahawa kamu adalah manusia
terpilih dan baik dan Allah bersama kamu kononnya...bagaimana jika aku berdosa
tapi aku dapat ke mekah...dalam keadaan orang lain tak dapat....itu lah yang
kamu cuba buktikan...
Tengok orang kata kepada aku tapi tengok orang lain tak dapat
pergi mekah tapi aku dapat itu tanda Allah terima aku kamu semua tak dapat
datang pun...itu lah tujuan kamu ke sana...
Bukti jelas sehingga sekarang tidak ada satu pun pelaburan dari
saudi yang kamu bawa atau yang menteri agama bawa atau perdana menteri bawa
Semoga Allah jauhkan kamu dari menjadi pemimpin malaysia kerana
jika kamu masih terus kekal di atas negara dan rakyat akan di timpa bahana dan
bala...
Kamu wajib di tamatkan dan di doakan kamu bertaubat dan di
ampunkan Allah atas segala perbuatan dan kamu tidak di angkat rakyat menjadi
pemimpin kerana mudarat lebih banyak daripada kebaikan....