‘Ayuh munajat Allah beri hidayah pihak lingkupkan negara’
Oleh: Ahmad Mohamad
ULASAN: Mulai semalam saya sudah mula solat sunat kesedaran dan doa beri hidayah kepada semua individu ahli politik yang memusnahkan negara. Ahli politik dan sekampung dengannya.
Hanya kepada Allah saya panjangkan doa saya agar negara saya diselamatkan dari org politik yang mengunakan dana covid 5 billion utk kepentingan diri. Dan saya minta semua rakn FB dan yang mengenali saya berbuat perkara yang sama.
Saya juga hairan kenapa kita masih perlu sewa hampir RM333 juta untuk logistik kenapa tak guna stadium dan tentera untuk vaksinkan rakyat. Dekat situ kita boleh selamatkan RM333 juta.
Sistem aplikasi vaksin RM70 juta
RM70 juta pula. Kenapa tidak diminta dana cradle sebanyak RM500,000 ke RM1,000,000 utk bina apps covid. Mustahil tiada kerjasama antara agensi kerajaan. Pastinya bila kita mengurus tanpa ada sifat ikhlas. Dana dan wang kerajaan tu menjadi barang untuk diagihkan.
Kerana kita adalah mangsa yang dizalimi oleh orang politik dan pemimpin khianat. Selagi mereka tiada diberi hidayah dan merasa bersalah di atas kejahatan mereka. Selagi itu, negara kita akan ditimpa bencana.
Umpama Trump dan Biden. Selepas kemenangan Biden, USA mencatatkan pengurangan kes dan rakyat USA lebih dari 50 peratus sudah divaksin. Kita perlu kerajaan baru untuk kita keluar dari covid 19.
Jika 5,000,000,000 dibahagi dengan RM160.00. Kerajaan boleh memvaksinkan 32 juta rakyatnya. Jika 70,000,000 dibahagi dengan RM160. Hampir 456,000 rakyat Malaysia boleh dibantu.
Kalau 5,000,0000,000 dibahagi dengan RM300. Hanya 16 juta boleh divaksin. Justeru, selagi pemimpim jahat masih memerintah. Rakyat Malaysia ramai akan mati. Skrg hanya ada 4 peratus rakyat Malaysia terima vaksin.
Kadar paling rendah di dunia yang kaya seperti Malaysia. Malah, syarikat swasta juga tidak dibenarkan membeli terus vaksin.
Dan saya dimaklumkan. Hanya melalui kebenaran KKM dan Pharmaniaga. Syarikat boleh dibenarkan membeli terus dengan pembekal vaksin dunia.
Syarikat boleh biayai vaksin
Contoh. Sebuah bank terkemuka negara dikatakan mempunyai 13,000 pekerja mereka. Jika mereka membayar RM200 – RM300 untuk dua kali dos. Antara 2.6 juta ke 3.9 juta diperlukan. Tentu syarikat besar boleh biayai proses tersebut.
Skrg dikatakan 100 pekerja RHB dikhabar dijangkiti covid postif atau negatif. Akan akan memberi kerugian kepada RHB kerana diwajibkan quarantine 14 hari bekerja dengan gaji. Lebih rugi dari mengeluarkan RM2.5-3.9 juta kos vaksin.
Persoalan utama ialah jika diberi kebenaran maka tentu ada orang politik tak boleh bina 3 biji rumah dan berkahwin dengan 3 orang armalah dari kalangan bunga, wangian dan bauan.