By
KUALA
LUMPUR – Armada Bersatu Malaysia (Armada) menggesa kerajaan memberi moratorium
pinjaman automatik tanpa faedah dalam penambaikan pakej bantuan yang akan
dilakukan kelak.
Penolong
Bendahari Armada Nasional, Syafiq Mohd Zin berkata, pihaknya mengulang saranan
Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang pernah mencadangkan
moratorium ke atas semua jenis pinjaman.
“Kami
berbesar hati dengan kenyataan dari beberapa menteri utama yang memberikan
gambaran awal bahawa komitmen kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk
menambah baik pakej bantuan sedia ada dengan pakej rangsangan ekonomi tambahan.
“Armada
berpendapat Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini adalah ‘jalan keluar’ yang cukup
baik dan wajar diberikan fokus serta keutamaan rentas politik sama ada daripada
blok pemerintah ataupun pembangkang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kata
Syafiq, pihaknya turut mencadangkan moratorium itu diperluaskan merangkumi
beberapa aspek bagi membantu golongan terjejas akibat Covid-19 dan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP).
“Antaranya
pinjaman berlesen, penjualan secara kredit meliputi semua kad kredit, pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN, PTPTN
dengan tidak mengenakan sebarang caj tambahan atau faedah.
“Juga
segala bentuk bayaran sewaan, lesen perniagaan dan lesen Pihak Berkuasa
Tempatan bermula serta-merta sehingga 31 Disember 2021 atau sehingga ekonomi
negara kembali pulih,” ujarnya.
Jelas
Shafiq, semua pelaksanaan itu akan dapat menyuntik kembali semangat rakyat
dalam mendepani pandemik Covid-19 dan menjayakan inisiatif kerajaan melalui
Pelan Pemulihan Negara. – MalaysiaGazette