NORMAN RADZUAN
Saya akan berhenti menulis politik selepas PRU15
SERAHKAN TANGGUNGJAWAB KPD GENERASI MUDA
Sebenarnya jika ikut perkiraan tahun 2020 selepas Tun serahkan
jawatan kepada DS Anwar, saya sudah stop menulis. Sebab rasa pejuangan dan tanggungjawab
sosial kepada masyarakat dan agama sudah selesai. Bukan hanya saya tapi ramai
juga rakan-rakan beranggapan kita telah serahkan kepada pemimpin yang boleh
dipercayai.
Jujur saya beritahu... saya sangat marah dan geram dengan sikap
Tun. Bagi saya selagi beliau ada selagi itulah negara ini tidak akan pernah
merdeka dalam erti kata sebenarnya.
Apapun selepas PRU15 nanti, saya telah mengambil keputusan untuk
berhenti menulis tentang politik. Bolehlah sekali sekala tetapi bukan seperti sekarang
ini. Ingat nak fokus kepada dunia perniagaan dan nak kembali buat usaha-usaha
agama ni. Mana tahu boleh jadi Amir Sab.
Ada kwn2 bertanya kenapa sibuk menulis politik? Soalan ini
ditanya ketika saya masih dlm dunia kewartawanan lagi cuma ketika itu hanya
mampu berbicara secara fizikal kerana terikat dgn etika pekerjaan dan tiada
media sosial yg sesuai. Sekali sekala gunakan blog adik saya dgn nama pena.
Saya menulis sebab saya ni jenis dari muda tidak suka melihat
kebatilan. Kalau ikutkan apa sibuk2 dan menyusahkan diri...utk keluarga
Insyallah cukup makan minum. Tapi sudah sifat semulajadi tak boleh melihat
kesusahan org lain.
Malah saya sgt benci org memperlihatkan kesenangan hidupnya
tanpa peduli nasib-nasib orang miskin. Menulis jauh sekali malah perlekehkan
usaha kita utk melakukan perubahan ini.
19 Nov 2020, 266 kes bunuh diri direkodkan sejak PKP
dilaksanakan. Itu 8 bulan yang lalu. Di PP lebih 50 kes bunuh diri direkodkan
sejak Januari 2021. Jadi sy sgt bersedih dan memahami kenapa kes bunuh diri ini
berlaku. Itu kisah org kaya yg gagal dalam kehidupan waktu PKP tapi beramai
ramai orang miskin yang menderita di luar sana yang kita tidak sedari.
Saya sendiri beberapa kali melihat sendiri tangisan marhaen
memohon diberi peluang bekerja... ada satu kes itu yg dtg memohon berikan
sedikit beras utk anak2nya hendak makan. Ikhlas saya katakan kerana merekalah
saya sanggup menulis. Saya tiada niat langsung utk bergelar YB... niat utama
saya ubah kepimpinan kpd yg lebih baik sahaja.
Kecewa tak mahu menulis? Ya saya kecewa. Kecewa dgn dgn sikap
bangsa sendiri, kecewa dgn sikap org2 politik sendiri. Sb rasanya 90% org
politik ini hanya fikirkan perut sendiri.
Lihat pemimpin PH sendiri... PH ada lebih 90 ahli Parlimen. Yg
aktif menulis atau berbicara secara live atau secara visual ada la 10-15 kerat
MP. Selain DS Anwar... Dr Mujahid, Tuan Hassan, Khalid Samad, Salahuddin Ayob,
Mat Sabu, Saifuddin Nasution, Hannah Yeoh, Anthony Loke, Steven Sim dan
beberapa nama lagi.
Yg lain makan gaji buta? Ya benar kalian ada buat kerja di
Parlimen sendiri tetapi sebagai pemimpin suara anda itu mestilah juga mewakili
seluruh rakyat Malaysia. Anda kena bersuara isu nasional. Ini zaman
teknologi... anda tidak perlukan lagi TV3 atau Astro utk bersuara... masing2
boleh ada 'TV' sendiri.
Sebagai ahli parti saya ingin bertanya dimana anak2 muda dari
PKR? Ahli muda parti lain itu biar ahli parti mereka yg berikan teguran? AMK
sebilangan besarnya lesu ( bukan semua ). Patutnya mereka jika tidak menulis,
buat live atau rakaman visual bercerita tentang masalah rakyat.
Yg kerap saya lihat Syed Shah Syed Osman.
Yg ketuanya, Akmal Nasir... kadang2 sebulan dua tiga kali. Sepatutnya paling
kurang 5 kali seminggu beliau akn muncul secara live bicara soal rakyat.
Akmal Nasir sebagai ketua mewakili anak2 muda... mesti melihat
kehebatan Presidennya, DS Anwar Ibrahim ketika muda hingga sanggup
dipenjarakan. Lihat Ezam Mohd Nor dan lihat sendiri keberanian Rafizi. Mereka
ke sana sini saban malam berceramah menyampaikan info kpd rakyat.
Sepatutnya Akmal saban malam berhujah secara live atau rakaman
utk bercerita soal rakyat. Rakyat ketika ini sgt2 menderita. Anda selalu
bersuara berilah peluang kpd anak2 muda utk menjadi calon tetapi anda sendiri
tidak menggerakkan jentera AMK utk bergerak aktif. Ini saat genting kehidupan
rakyat Akmal.
Maaf kata saya mengatakan anda dan AMK agak lesu. Sdgkan jika
menang nanti kalianlah juga mahu jawatan sana sini diisikan utk AMK. Sepatutnya
buktikan hasil kerja kalian dahulu. Bukan perlu ke jalan raya tetapi masing2
ada laptop, ada smartphone... berjuanglah utk rakyat. Bercakap dgn fakta tanpa
fitnah... bukan suruh anak2 buah anda ke jalan raya.
Abg dan Otai2 ini ada yg sudah lewat 40an, 50an dan 60an. Dah
berpuluh tahun berjuang walaupun sekadar di belakang tabir. Yg mana kami tak
ada cita2 pun hendak dptkan laba politik. Bekerjalah anak2 muda jika suatu hari
nanti mahu menjadi pemimpin. Buktikan kepimpinan anda.
Maaf menegur kerana Abang dan rakan-rakan yang lain mahu fokus
kpd urusan keluarga dan beramal. Kami ni ada yang mahu masuk usia pencen dan
ada yg sudah lama pencen. Sepatutnya dah lama dah kami pas baton tapi kami
lihat kalian lesu... muncul bila saat2 PRU sahaja.
Sdgkan yg dpt dilihat samada kaum Adam atau Hawa yg ahli biasa2
dan tidak berparti, mereka terpaksa menulis saban hari utk pejuangkan nasib
mereka sendiri. Buat Akmal anggaplah ini teguran membina. Bangkitlah dari tidur
dan kejutkan anak2 buah anda. Dibibir kalian mesti berbicara soal rakyat...
rakyat... rakyat.
Ok Akmal... sebagai abang teguran ini sebab tidak mahu kalian
terlena terlalu lama. Anda pemimpin masa depan negara dgn rakan-rakan yang lain. Wasalam.