1. GERAK menjungjung kasih ke bawah DYMM SPB Yang Dipertuan
Agong dan Majlis Raja Raja Melayu diatas keperihatinan serta sikap dan tindakan
SEGERA Duli Duli Tuanku.
2. Ianya selari dengan apa yang GERAK dan rakyat jelata lain
suarakan agar tindakan SEGERA diambil bagi selamatkan negara daripada kemelut
terburuk sejak Merdeka.
3. Malangnya kerajaan ini TIDAK ADA sikap dan tindakan SEGERA
(Sense of Urgency) kerana kerajaan ini kerajaan yang mati malah tidak pernah
hidup.
4. Kerajaan ini terdiri daripada mereka yang mencuri, menipu,
merasuah dan menjual prinsip (melacur) untuk mendapatkan kuasa. Makanya tidak
pernah ada ROH sebagai sebuah kerajaan.KERAJAAN INI TIDAK PERNAH HIDUP!
5. Lihatlah jawapan Menteri yang jaga hal ehwal Parlimen
menjawab titah Tuanku agar Parlimen bersidang segera. Langsung tidak ada sense
of urgency! Sebab dia tidak pernah HIDUP sebagai Menteri. Dia hidup sebagai
pencuri kuasa yang setiap hari menjaga harta rampasannya!
6. Selama inipun adakah kita melihat dan merasai kerajaan ini
hidup?
PERDANA MENTERI - Bekerja pun setengah hari. Sidang Akhbar dan
soal jawab terbuka langsung tak ada. Menipu sepanjang masa. Terbaru, Pelan
Pemulihan ternyata tipu. Mulanya umum sedang rangka pelan dan ambil masa
beberapa minggu. Tiba-tiba 2 hari slps itu dia umumkan. Sehari sebelum Majlis
Raja Raja bersidang. Itu bukan Pelan Pemulihan selamatkan rakyat. Itu Pelan
selamatkan diri sendiri!
MENTERI PERTAHANAN - Jaga keselamatan dan SOP Pandemik. Jaga
pintu depan sahaja.Pintu belakang bolos merintih di Media Sosial. Ini rupa
menteri jaga keselamatan?
Penjaga reban ayam pun tahu erti JAGA maknanya jaga semua pintu
dengan tegas dan tidak sekali-kali kompromi soal keselamatan.
MENTERI KESIHATAN - Siapa Menteri? Tanya rakyat mereka lebih
tahu Ketua Pengarah Kesihatan daripada Menteri!
MENTERI KEWANGAN - Yang jaga Kementerian Kewangan itu Menteri
atau CEO Bank?
MENTERI -MENTERI lain ? - Langsung batang hidup tak nampak,
makan gaji buta
Oh ada MENTERI JAGA VAKSIN - Lihatlah bila Menteri yang jaga
vaksin, apakah Rakyat rasa lebih selamat?
Jawapannya Rakyat tidak rasa lebih selamat, baik soal kesihatan
maupun ekonomi kerana kerajaan ini tidak berfungsi. Kerajaan ini tidak pernah
hidup. Yang terus mentadbir dan mengurus adalah pegawai-pegawai kerajaan!
7. Hakikatnya, kerajaan ini tidak pernah hidup. Kerajaan ini
telah mati. Kerajaan ini tidak akan ada sense of urgency walaupun rakyat
semakin ramai mati!
8. TITAH DIRAJA wajib dijunjung! Tetapi Titah tidak akan
dijunjung oleh sebuah kerajaan yang mati. Kerajaan ini tidak akan menjunjung
titah Tuanku. Kerajaan ini sepatutnya di TALKINKAN bukan di TITAH.
9. Ampun Tuanku, makanya kami hamba rakyat khususnya dari GERAK
memohon agar DYMM lakukan sesuatu yang lebih luarbiasa untuk menamatkan
kerajaan yang gagal ini. Krisis luarbiasa menuntut tindakan luarbiasa.
10. Kami percaya rakyat akan bersama Tuanku dalam membuat
keputusan sukar ini. Kami juga yakin dan percaya Tuanku punya kebijaksaan bertindak
sesuai peruntukan kuasa yang ada didalam Perlembagaan Negara walaupun mungkin
tidak pernah dilakukan sebelum ini.
11. Terlibat paling penting, perutusan daripada MAJLIS RAJA-RAJA
MELAYU melambangkan satu keputusan tegas, peduli rakyat dan tiada tolak ansur
dalam soal kestabilan kerajaan, salahguna kuasa. Amat jelas dan menyakinkan,
Majlis Raja-Raja Melayu akan terus bersama DYMM Tuanku Agong dalam membuat
keputusan tegas dan adil buat rakyat.
Ampun Tuanku, kami patik hamba rakyat memohon talkinkan sahaja
kerajaan yang mati ini dengan PM dan semua jemaah Menteri berundur SEGERA!
DAULAT TUANKU!!
Mohamad Ezam Mohd Nor
Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia
GERAK
17Jun 2021, 6 Zulkaedah 1442H.