AMBOIII BINATANG NI KALAU NAK MEMBODEK PUN PATUT PATUT LA...BINATANG BETUL...

 


KHAIRUL ANWAR


"Amatlah tidak bertanggungjawab kelompok binatang politik tersebut yang mahu parlimen dibuka sekarang sungguhpun mereka tahu kadar vaksinasi nasional belum mencapai liputan 50 peratus populasi negara.



Bersatu sifatkan desak parlimen segera dibuka adalah binatang

Bersatu sifatkan desak parlimen segera dibuka adalah binatang

Desakan agar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sekiranya gagal menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membuka semula parlimen secepat mungkin oleh pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai “binatang politik”.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman dalam satu kenyataan menyifatkan desakan itu juga sebagai tidak bertanggungjawab kerana tidak mengira situasi wabak Covid-19 yang masih mengganas.

“Amatlah tidak bertanggungjawab kelompok binatang politik tersebut yang mahu parlimen dibuka sekarang sungguhpun mereka tahu kadar vaksinasi nasional belum mencapai liputan 50 peratus populasi negara.