AGENDA 'SWING' ISU BERJAYA KERANA TERPESONA
Banyak juga saya terbaca di wall apabila ada rakyat bergaduh
sesama rakyat kerana peningkatan kes Pandemik ini. Siapa yang berkata demikian
bagi saya mereka sudah terpedaya atau terpesona dengan agenda 'swing' isu dari
kelemahan sendiri kepada pihak lain.
Seperti Amerika mengalihkan isu matlamat utama mereka menyerang
Afghanistan dgn mengaitkan Osama Laden. Dlm politik kita panggil 'pecah dan
perintah'. Dlm kes Pandemik ini kita panggil menutup kelemahan dgn mengalihkan
isu.
Sebab apa saya kata begitu... setakat ini saya tidak pernah
melihat rakyat Malaysia keluar ke tempat awam tanpa memakai mask jauh disiplin
mereka lebih baik dari sesetengah negara Eropah. KKM sibuk dgn nombor positif tetapi
tidak mahu atasi dgn idea-idea negara luar dengan percepatkan vaksinasi.
Apa yang dimaksudkan peralihan isu...? Mereka tuduh rakyat
Malaysia anti vaksin dan tidak mahu mendaftar. Bila rakyat mahu mendaftar
sistem jam. Bila rakyat mahu divaksin, progres vaksinasi mereka yg lembab
hingga berjuta terpaksa menunggu. Jadi salah siapa skg ini... apa lagi yang
rakyat perlu buat?
Kemudian bila mereka mahu lakukan lockdown... media seperti
diarahkan kononnya rakyat 'panic buying'. Jadi yang poyo-poyo konon-konon bijak
tapi malas berfikir ini senadalah dgn propaganda..." tgk bodoh mereka bersesak
sesak ke supermarket itulah punca kes meningkat. Buat apa beli banyak-banyak
bukannya kedai tu tutup esok."
Sebenarnya di setiap hujung bulan memang rakyat ramai ke
Hypermarket utk membeli barangan dapur dgn jumlah yg byk. Apatah lagi bila tahu
berlaku total lockdown pastinya SOP lebih ketat, jadi adalah wajar mereka
membeli barangan dapur utk simpanan 2-3 minggu di rumah. Mana lebih efisen beli
barang utk stok 2-3 minggu atau beli barangan dapur setiap 2-3 hari?
Yang poyo marahkan rakyat ini ada dia nak tegur kenapa Genting
Highland dulu masih beroperasi? Adakah mereka ingin menegur kenapa
kilang-kilang masih banyak dibuka sdgkan disitulah punca 60% tersebar Covid19?
Tahulah mereka berpuluh ribu kilang dibenarkan beroperasi... jadi siapa yang
diperbodoh sekarang ni?
Adakah mereka ingin menegur atau marahkan kerajaan kenapa kilang
arak beroperasi... adakah lockdown bermaksud minum arak banyak2? Jika kilang
tak ditutup.. jgn mimpi kes akn dpt dikurangkan segera. Jadi kita akan terus
ditakutkan dgn nombor.
Pernah rakyat yg marahkan rakyat ini mahu maki ramai2 Menteri yg
melanggar SOP. Yang bawa janda ke sana sini waktu PKP? Betul lah kata seorang
Prof kpd saya... minda orang Melayu ini mudah di kotak katik. Timbulkan
panik... kita dituduh panik.
Cukup-cukuplah kita sesama kita bergaduh. Sekali lagi saya
katakan rakyat dah redha negara lockdown beberapa bulan. Tutup buka tutup
buka...hingga beribu hilang perniagaan dan pekerjaan. Jadi saya kata stop
menulis di wall menyalahkan rakyat.
Sdgkan pembelian vaksin pun tidak telus kos pembeliannya. Dgn
kerajaan Selangor pun tidak telus datanya. Sistem pendaftaran sampai RM 70
juta... please rakyat... jangan jadi hamba. Saya juga dulu pernah menulis
kenapa tidak gerakkan tentera utk proses vaksinasi. Hari ini ramai yang memberi
pendapat yg sama. Mereka yang lembab kenapa kita yg bebal...jadi sb itu ia
adalah sebuah kerajaan yang gagal.