Tengok hujah dia pun buat ramai akan ketawa. Patut la negara
lain tak respek negara kita kerana adanya menteri otak kat lutut seperti ini.
Tengok, apa dia kata;
"Dalam pada itu kata Hamzah, penganjuran Kongres PKR secara
maya membuktikan parti itu sendiri tidak mempunyai keberanian untuk membuat
sebarang perjumpaan bersemuka seperti di Parlimen."(Awani)
Alasan dia tak mahu parlimen dibuka kerana melihat kepada dalil
iaitu Keadilan pun buat Kongres melalui maya. Kononnya Keadilan pun akui bahaya
berkumpul dan sebab itu parlimen pun tak bersidang. Nampak tak bodohnya?
Keadilan buat kongres secara maya kerana patuh kepada SOP PKP
dan lock down yang tidak benarkan rentas negeri. Itu peraturan kerajaan tebuk
atap kamu juga yg buat. Keduanya, berapa ramai perwakilan Keadilan yang telah
terima vaksin? Ahli2 Parlimen kesemuanya telah terima vaksin. Lagipun, jumlah
perwakilan jauh lebih ramai dari jumlah MP dan mereka ramai yang tidak menerima
vaksin. Apakah perbahasan dlm kongres itu lebih penting dari perbahasan di
Parlimen? Menteri selutut ini tahu bezakah?
Malangnya negara kita ada ramai "menteri selutut".
WFAUZDIN NS