ADUN Titi Serong mohon maaf secara terbuka kepada pimpinan AMANAH

 

Terkini! ADUN Titi Serong mohon maaf secara terbuka kepada pimpinan AMANAH

ADUN Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abul Munaim memohon maaf secara terbuka kepada pimpinan Amanah Nasional dan negeri serta kepada rakan-rakan yang seperjuangan sebelum ini di atas kekhilafan dan kelemahan beliau sehingga menyebabkan beliau berada di posisi berbeza .

Beliau berkata demikian secara langsung semasa sesi wawancara di facebook Anjung Rakyat Progresif bertajuk Seronok ke Jadi wakil Rakyat? bersama Firdaus Johari dari AMK PKR Kedah dan Raja Azam Shah , AMK PKR Perak sebagai moderator.

“Saya dengan hati yang penuh tulus ikhlas mengambil kesempatan memohon maaf kepada rakan-rakan di luar sana di atas kekhilafan dan kelemahan saya yang menyebabkan saya terpaksa memilih jalan yang memberi tohmahan yang sangat besar kepada saya dan saya terima dengan sebaiknya.

“Saya memohon maaf , secara peribadi dan inilah pertama kali saya memohon maaf secara terbuka kepada rakan-rakan di luar, rakan –rakan dalam parti lama (Amanah), pimpinan parti (Amanah) negeri dan nasional yang memberi kepercayaan, saya memohon maaf sekali lagi” katanya.

Hasnul Zulkarnai berkata, beliau berada di posisi yang ada sekarang kerana bimbang tidak dapat melunaskan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat kerana kekurangan-kekurangan yang membataskan bantuan dan khidmat beliau kepada rakyat di DUN titi Serong.

“Khidmat saya adalah untuk rakyat di Dun Titi Serong kerana melihat daripada mata hati saya sendiri ada tugasan yang perlu saya selesaikan dalam tempoh sebagai Adun untuk penggal ini.

“Saya bersedia untuk dihukum andaikata saya tidak dipilih untuk penggal yang akan datang ,saya bersedia menerimanya, Tapi untuk penggal yang ada ini , saya perlu melunaskan tanggungjawab kepada rakyat yang memerlukan bantuan semasa saya berada diposisi yang ada sekarang ini” katanya.

Beliau berkata, jika berada diposisi berlainan beliau bimbang tidak mampu kerana bukan orang tempatan Dun Titi Serong.

“Saya terbatas pergerakan dan pergaulan saya. Berada di posisi ini membenarkan saya berkhidmat saya akan melaksanakan kesempatan ini dengan sebaik-baiknya.

“Tapi jika saya berada posisi sekarang . saya tidak menggunakan khidmat dan kuasa yang ada membantu rakyat , itu boleh semua orang boleh persoalkan saya” katanya, kena ada kekuatan dalaman dan pengorbanan yg sgt besar kepada keluarga, masa yang lebih kepada masyarakat.

Menurutnya, walaupun beliau membuat pilihan berbeza buat masa ini beliau tetap dengan pendirian mempejuangkan kebenaran menentang kebatilan.

“Yang benar itu benar, yang batil itu batil. Soal politik ,parti dan khidmat , saya lebih kepada khidmat kepada rakyat . Jiwa dan bakti saya adalah untuk rakyat” katanya.

Menjawab soalan tanggungjawab seorang wakil rakyat, Hasnul berkata sesiapa yang ingin menjadi wakil rakyat perlu mempunyai kekuatan dalaman dan pengorbanan yang sangat besar kepada keluarga dan masa yang lebih diberikan kepada rakyat.

‘Tugas sebagai wakil rakyat ini bukan sahaja tugas di dunia tetapi akan dipersoalkan di akhirat, Itulah yang paling kita takut.

“Jika kita tidak selesai tugas di dunia kepada rakyat , sudah tentu tidak selesai di akhirat” katanya.

Sementara itu, penonton yang memberi komen berpandangan Hasnul Zulkarnain perlu diberi kesempatan memikul tugas menjadi wakil rakyat di Dun Titi Serong untuk penggal akan datang.

“Ini berikutan komitmen beliau yang aktif memberi khidmat kepada rakyat di Dun Titi Serong dan diakui oleh pengundi di kawasan itu.

“Baru-baru ini , Hasnol telah membongkar kes tanah di Sungai Betul Bawah dan Kuala Bagan Tiang yang mendapat perhatian banyak pihak” katanya.

Kes tanah ini telah mendapat bantahan penduduk di mana Adun Titi Serong dan Ahli Parlimen Parit Buntar , Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa dilihat ke hadapan membongkar kes berkenaan.

AMK PKR Perak dilihat bersama dengan Adun Titi Serong membongkar kes tanah ini, di mana AMK PKR Perak telah membuat laporan SPRM terhadap seorang Exco dan pegawai khas Exco berkenaan berkaitan kes tanah berkenaan.