Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata polis telah membuka 12 kertas siasatan bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa perlu) (No.2) 2021, terhadap Muhammad Fahmi.
Seorang pengguna Facebook dengan nama "Wan Hilmi Wan Mohd Nor Hilmi" juga turut disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.