Astro Awani
Mei 30, 2021
17 perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh larangan pergerakan penuh (total lockdown) yang akan bermula 1 Jun ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) yang turut melibatkan senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat 17 perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh larangan pergerakan penuh (total lockdown) yang akan bermula 1 Jun ini.
1) Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
2) Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
3) Air
4) Tenaga
5) Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
6) Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan
7) Pengangkutan melalui darat, air atau udara
8) Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
9) Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)
10) Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal
11) Kredit komuniti (pajak gadai sahaja)
12) E-dagang dan teknologi maklumat
13) Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
14) Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan)
15) Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
16) Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar
17) Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu.