Tinjauan pendapat Muhyiddin dapat 67% sokongan mengarut
Tinjauan pendapat yang dijalankan baru-baru ini mendapati kerajaan Perikaan Nasional (PN) mendapat sokongan padu rakyat dengan Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin mendapat sokongan popular melebihi 60% mungkin dilakukan ketika berlakunya feel good factor dalam negara.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, maklumat dari media sosial yang lebih tepat menunjukkan sebaliknya bahawa populariti Kerajaan PN mahupun PM Muhyiddin merudum teruk.
Katanya, tinjauan firma kajian pendapat seperti Merdeka Centre dan sebagainya mungkin berlaku selepas pengumuman bantuan kerajaan dibuat atau ketika keadaan semasa pandemik Covid 19 lebih baik berbanding sekarang.
“Saya rasa bertambah itu mengikut keadaan tertentu, mungkin pada masa itu agensi tersebut melakukan tinjauan pendapat pada waktu pengumuman pakej-pakej bantuan sara hidup dan sebagainya.
“Tetapi apabila bantuan yang sepatutnya diterima tidak sampai kemudian jumlahnya itu tidak justify untuk rakyat Malaysia melalui Perintah Kawalan Pergerakan dan sebagainya, atau pada waktu itu baru rakyat sedari bahawa jumlah yang diumumkan termasuk duit mereka sendiri (KWSP) maka perkara itu akan menyebabkan sokongan tidak konsisten
“Jadi saya yakin buat masa sekarang sekiranya tinjauan dibuat sekali lagi sokongan terhadap Muhyiddin memang merudum,” katanya.
Baru-baru ini, Merdeka Centre mengumumkan hasil tinjauan pendapat PM Muhyiddin Yassin mendapat sokongan sekitar 67% daripada peserta yang mengambil bahagian, manakala tinjauan berkenaan juga mendapati 74 % pengundi memperakui bahawa kerajaan PN konsisten dalam usaha membantu rakyat.
Sementara 56 % pula merasakan kerajaan pimpinan Muhyiddin mempunyai visi jelas berhubung cara untuk memulihkan negara.