TAK BOLEH BALIK KAMPUNGTAK BOLEH MAKAN DI KEẞDAI, NAK BERJONGGING PUN TAK BOLEH.AKYAT BERHAK MARAH

 Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob akhirnya mengakui rakyat kini sedang marah kepada kerajaan berikutan perlaksanaan semula PKP di beberapa negeri dan larangan merentas negeri serta daerah yang dikuatkuasakan.

Tentunya kemarahan rakyat itu kerana dengan PKP sekarang ini bermakna untuk dua tahun berturut-turut mereka tidak boleh balik ke kampung untuk berhari raya bersama keluarga dan juga ibu bapa.

Namun, menurut Ismail, segala langkah yang diambil kerajaan sekarang terpaksa dilakukan bagi menjaga kehidupan rakyat daripada wabak Covid19.

Benarkah begitu?

Sebenarnya, walaupun memang diakui rakyat sedang marah, tetapi kemarahan itu lebih berganda lagi disebabkan peraturan PKP yang dilaksanakan kerajaan begitu bercelaru dan tidak menentu.

Di ketika rentas negeri dan daerah dilarang, tetapi pejabat dan kilang-kilang yang banyak menyumbang kepada kewujudan kluster baru tetap dibenarkan dibuka.

Di KL dan Selangor, bukan sedikit mereka yang menetap dan bekerja di daerah yang berbeza, jadi apa maknanya larangan itu?

Begitu juga dengan kedai makan, restoran dan coffee house di hotel yang hanya dibenarkan membeli makanan bungkus saja, tetapi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri tidak pula diarahkan tutup sepenuhnya.

Mana yang lebih sesak antara orangramai membeli belah di bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri dengan mereka yang berkunjung ke kedai makan, restoran dan coffee house hotel untuk menikmati makanan, sedangkan pusat membeli-belah boleh dibuka?

Mengapa tidak boleh dibenarkan menikmati makanan di restoran atau minum di cafe untuk dua orang satu meja misalnya?

Dengan semua tempat untuk makan dan minum-minum tidak dibenarkan menerima pengunjung menikmati makanan di premis mereka, apa yang kerajaan mahu rakyat lakukan dalam tempoh cuti panjang Aidilfitri ini?

Sudahlah tidak dibenarkan balik kampung, merentas negeri dan daerah, apakah kerajaan hanya mahu rakyat makan dan tidur di rumah saja dalam tempoh cuti panjang tersebut?

Kerajaan jenis apa yang kita ada sekarang jika tindakan-tindakan yang dilakukan lebih menjurus kepada mengajak rakyat agar hidup secara lesu dan tidak aktif?

Lebih buruk lagi, Kementerian Belia dan Sukan turut mengeluarkan peraturan tidak membenarkan sebarang aktiviti sukan dan riadah dilakukan dalam tempoh PKP ini.

Ini lagi gila, dibiarkan kita duduk terperap di rumah dengan asyik makan dan tidur, tetapi dilarang mengeluarkan peluh seperti berjogging dan bersukan lainnya.

Adakah kerajaan mahu kita mati dengan cepat?

Kemudian, peraturan yang berbeza-beza antara negeri yang melaksanakan PKP juga menambah lagi bingungnya rakyat dengan kerajaan yang ada ini.

Kenapa tidak seragam dan kenapa dalam PKP 1.0 sebelum ini, peraturan yang seragam boleh dilaksanakan?

Kalau benar mahu laksanakan PKP yang tujuannya mencegah Covid19, kenapa tidak dibuat PKP yang betul-betul ketat seperti PKP 1.0 sebelum ini?

Tidak belajarkah daripada PKP 2.0 yang longgar dan separuh masak sebelum ini, tetapi akhirnya menyebabkan kes terus melonjak naik?

Sebetulnya inilah antara sebab-sebab yang menjadikan rakyat marah dan marahnya rakyat bukanlah tidak berasas.

Bagi majoriti rakyat, kerajaan dilihat seolah-olah tidak serius dan lebih mahu menjadikan PKP sebagai alat untuk mengekang pergerakan rakyat bagi mempertahankan kuasa rapuh yang dipegang daripada dijatuhkan.

Setelah didaruratkan, kenudian dikenakan pula PKP tak habis-habis, bila semua ini akan berakhir?

Maka, rakyat memang berhak untuk marah dan terus marah, malah tidak salah jika mereka terus marah sehingga ke hari memangkah kertas undi nanti. 


(ShahbudinHusin 06/05/2021)