SUAMI KEJAM DERA ISTERI. KHIDMAT SOSIAL. SEMOGA SI SUAMI DIBALAS SEWAJARNYA

 

AMAN SHAH II


May be an image of child and sitting



Ziarah keluarga dan anak-anak Allahyarhamah Siti Khidijah Abd Manaf, 32 thn sebentar tadi di Kg Telok Wang, Sungai Petani.

Ini setelah saya memaklumkan dan peroleh kebenaran daripada pihak polis.

Arwah menemui ajal akibat dari kesan penderaan teruk oleh suaminya.(pendarahan teruk pada otak).



SI SUAMI DIBUANG KERJA AKIBAT DADAH. ORANG JOHOR.

May be an image of 1 person and standing


Kematian arwah begitu tragis dan menyayat hati.

Paling menyentuh hati, bila saya turut diceritakan oleh abang si mati tadi, bagaimana kisah dan derita yang disembunyikan oleh arwah sejak begitu lama.. ianya kerana arwah lebih meletakkan kepentingan anak-anaknya daripada mengadu ttg perbuatan suaminya yang tak berhati perut.

Saya diceritakan, sewaktu melahirkan anak ke-4, arwah melahirkan cahayamatanya bersendirian di bilik air..dan hanya mampu mengagahi diri menelefon abg nya yg kemudian bergegas dan terpaksa memanjat pagar utk memasuki rumah yg didiami arwah waktu itu di Bandar Puteri Jaya.

Ini kerana hari sebelumnya, arwah dibelasah, disepak terajang oleh suaminya walaupun dlm keadaan sarat dan tunggu masa utk bersalin. keadaan arwah begitu lemah..Description: 😥

Rasa amat sebak bila lihatkan anak bongsu arwah, Mohd irfan Arshad (2 tahun) yang sedang lena atas buaian yang tentunya belum mengerti apa-apa dan 3 lagi, kakak sulung dan 2 abang nya. iaitu Alia Nadrah Qaisara( 8 thn), Abdul Raziq (5 thn) dan Abd Wafiy (4 tahun)...

Pada lebih kurang jam 2.30 pagi, 14 mei 2021 (Jumaat/raya ke2).. arwah akhirnya menghembuskan nafasnya yg terakhir di hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.. terlerai sudah derita nya di dunia.

Al - Fatihah..(dibaca)

*Pada yang ingin membantu anak-anak arwah, boleh berbuat demikian dengan menyumbang ke akaun:

Bank Islam

02114020140880

Marina bt Mohd Isa (mak saudara ank2 arwah)

Sila maklumkan atau menelefon ke nombor 014 6712735 .

#ZiarahPrihatin

#PusatKhidmatParlimenSgPetani