Kita takut Covid19 atau takut nombor?
NORMAN RADZUAN
SOP DILIHAT HANYA MENJAGA KEPENTINGAN ORANG KAYA...
Saya paling benci mendengar ayat...'Covid is real!'. Seolah olah
kita Melayu atau rakyat Malaysia ini tinggal di Planet Marikh tidak mengenali
Covid19. Saya tidak pernah mendengar org Malaysia tidak percaya Pandemik
Covid19 ini tetapi yg mereka tidak percaya cara ia diuruskan kerajaan.
Telah byk artikel saya menulis mengenai Pandemik Covid19 ini
berdasarkan cara negara luar menguruskan, berdasarkan pendapat pakar2 luar
negara dan keadaan negara kita sendiri. Telah byk juga nasihat2 kita berikan
kpd kerajaan seperti jgn membuka sekolah dan sebagainya. Tindakan bodoh juga yg
diambil Bapa Menteri.
Kali ini saya ingin memfokuskan isu kemarahan rakyat. Cukuplah
betapa marahnya rakyat kpd kerajaan ini apabila berlaku pertandingan 2 penjuru
dari hampir 16 ribu mengundi 94%, mengundi Rambutan berbanding Muhyiddin.
Kemarahan berganda apabila lebih 20k rakyat Malaysia meminta Neelofa
dipenjarakan kerana dilihat sering melanggar SOP.
Rakyat marah bila ada Tim Menteri boleh tinggal di luar negera
berbulan bulan lamanya sdgkan rakyat ingin merentas daerah pun tidak boleh.
Rakyat marah bila Menteri, Ustaz popular, artis sesuka hati melanggar
SOP....ada yg tidak diambil tindakan atau mengambil masa berbulan bulan lamanya
utk siasatan sdgkan rakyat disaman serta merta. Malah ada yg hanya mask dibawah
hidung terus disaman.
Rakyat marah kenapa bila PKP 2.0 hanya peniaga2 kecil dilarang
berniaga sdgkan tauke Genting Highland masih boleh menjalankan operasi
perniagaan. Bukan itu sahaja... dikhabarkan pekerja2 Genting Highland telah
mendapat keistimewaan divaksin lebih awal. Lebih membuat rakyat meluat apabila
berlaku kes mendadak di Kedah kerana dibawa oleh pelancong dari negeri tersebut
ke Genting Highland tetapi pihak KKM tidak meletakkan mereka sebagai Kluster
Genting sepertimana kluster2 lain.
Begitu juga apabila PKP 2.0 rakyat dikurung sekali lagi dgn
sektor perniagaan kecil org Melayu byk ditutup tetapi kilang2 yg merupakan
kluster terbesar Covid19 terus beroperasi. Di mana lojiknya KKM dan MKN berbuat
demikian?
Apabila ada sedikit penurunan angka kes selepas PKP 2.0,
kerajaan tanpa mendengar suara rakyat terus ingin membuka sesi persekolahan yg
impaknya tidak sampai 2 bulan dibuka, beratus guru dan pelajarnya dijangkiti
Covid19 di seluruh negara. Sekolah dibuka tanpa perancangan rapi sdgkan di
Singapura utk solat hari raya pun mereka memikirkan kaedah terbaik utk
rakyatnya.
MAMPUKAH RAKYAT BERTAHAN PKP 3.0?
Persoalannya skg mampukah rakyat bertahan jika PKP 3.0
dilakukan. Rata2 org kerajaan mahukan PKP. Sebabnya mereka tidak merasai apa yg
dirasakan peniaga kecil dan sederhana yg sudah kerugian puluhan dan ratusan
ribu angkara PKP1.0 dan PKP2.0.
Kakitangan awam panik dgn nombor tetapi peniaga2 kecil dan
pekerja swasta panik jika PKP dikuatkuasakan. Peniaga2 kecil (PKS) mikro akan
kehilangan saving dan mungkin perniagaan ditutup manakala pekerja2 gaji harian
apa lagi yg tinggal buat mereka?
Kita boleh lakukan PKP 3.0 tetapi kena adil. Kakitangan awam
ditolak 50% pendapatan mereka utk diberikan kpd peniaga kecil sebagai satu
bentuk subsidi...bagaimana setuju? Pasti kakitangan awam menolaknya. Begitulah
juga dgn peniaga kecil dan sederhana mereka pasti menolak PKP3.0 ini dilakukan
sekali lagi.
KETELUSAN
Rakyat sebenarnya sudah tidak mempercayai kerajan menguruskan
Pandemik ini. Malah pujian dan kepercayaan kpd KP Kesihatan TS Noor Hisham
semakin terhakis. Bukan sahaja kerana peningkatan kes tetapi sokongannya kpd
Darurat telah membuatkan rakyat melihat beliau seperti org politik dan bukan sebagai
Ketua Pengarah Kesihatan.
Apa bezanya Darurat dgn PKP? Yg kita lihat Parlimen tidak boleh
bersidang dan kerajaan boleh menggunakan wang rakyat sesuka hati mereka.
Darurat sebenarnya tiada kena mengena dgn Pandemik ini tetapi jelas ia hanya
utk tujuan politik.
Kerajaan juga dilihat seperti bermain politik apabila tiada
ketelusan pengurusan mereka dgn kerajaan negeri pembangkang. Kengganan KKM
berkongsi data kes kpd kerajaan Selangor seperti membuatkan mereka bertinju dgn
mata tertutup (menurut Dr Dzul). Apa masalah KKM tidak mahu berkongsi maklumat
demi kesejahteraan rakyat Selangor?
Selepas Sabah kini mata tertumpu kpd negeri Selangor. Kenapa kes
Selangor naik mendadak? Kes Selangor naik mendadak kerana ujian Covid dilakukan
secara besar besaran sepertimana berlaku di Singapura dahulu.
Sepatutnya KKM melakukan vaksin secara besar besaran di negeri
tersebut dan bukan melakukan ujian secara besar besaran. Sudahlah tidak mahu
memberi maklumat kpd task force kerajaan negeri Selangor, akhirnya rakyat kini
mulai panik dari kerajaan yg celaru, gagal dan yg mengkhianat rakyat.
Apakah sengaja mahu kes melonjak utk mendapatkan nombor?
ADAKAH ADA UDANG SEBALIK BATU?
Kegagalan PKP 2.0 dan desas desus kemungkinan berlakunya PKP 3.0
rakyat mula meragui dan memikirkan adakah ia agenda tersembunyi politik?
Rakyat mula bertanya adakah angka yg tiba2 meningkat naik ini
sepertimana 'modus operandi' PKP2.0 yg membawa Malaysia moden ke arah darurat?
Umum mengetahui tempoh darurat yg ada skg akn berakhir tidak sampai 80 hari
lagi iaitu 1hb Ogos.
Seperti PKP 2.0...kerajaan membuka sektor ekonomi seluas luasnya
sehingga jutaan rakyat Malaysia merentas negeri melancong ke sana sini. Tidak
sampai sebulan terus kes naik mendadak. Samalah dlm keadaan skg kerajaan
benarkan sekolah2 dibuka (pergerakan jutaan pelajar dan ibu bapa ), benarkan
acara keagamaan dan sebagainya...kes terus naik mendadak.
Adakah dilakukan PKP 3.0 akn membawa kita kpd kesinambungan
tempoh darurat yg tiada mengena dgn pandemik ini? Jika benar ia berlaku pasti
rakyat semakin yakin ia adalah agenda politik. Malah rakyat langsung tidak akn
mempercayai lagi kerajaan menguruskan Pandemik ini.
Setiap kali angka meningkat rakyat disalahkan. Suruh rakyat
'Stay at home' rakyat sudah lakukan. Rakyat langgar SOP disaman sudah
dilakukan. PKP 1.0 sudah, PKP 2.0 pun sudah walaupun ratusan ribu hilang
perniagaan dan pekerjaan.
Jadi apa lagi yg rakyat perlu lakukan? Kerajaan tak pernah
meletakkan kesalahan mereka double standard dlm melaksanakan SOP dan kelewatan
operasi pemvaksian.
PASTIKAN KERAJAAN DAN RAKYAT BERSEDIA
Jika kerajaan benar2 ingin melakukan PKP 3.0 pastikan kerajaan
bersedia dan rakyat bersedia. Kerajaan mesti bersedia apa yg diperlukan rakyat.
Mungkin kerajaan perlu benarkan 5% lagi I-Sinar dikeluarkan oleh pencarum dan 1
bulan moratarium.
Jgn terus melakukan PKP tanpa memberikan apa2 backup
kesinambungan hidup kpd rakyat. Rakyat sdg menderita jgn tambah penderitaan
mereka lagi.
Akhir kata saya bersetuju dgn pandangan Dr Dzul dan Dr Siti
Mariah total lockdown tidak diperlukan di Selangor kerana memikirkan ramai
rakyat Selangor memohon kerajaan negeri memikirkan periuk nasi mereka. Yg patut
dilakukan ialah kesedaran kpd rakyat utk terus menjaga SOP.
Yg patut dipersalahkan sudah setahun Pandemik ini bagaimana
kerajaan masih tidak mempunyai kelengkapan katil atau ventilators? Di mana
bajet berbillion utk Pandemik ini? Susah sgt ke utk menempah katil bagi
menempatkan mereka yg positif.
Utk pesakit stage 1/2 bagi saya mudah diatasi, mereka masih
boleh diletakkan di Dewan2 yg begitu byk di negara kita. Di setiap daerah
berbelas Dewan ada dan hanya diperlukan katil utk dikuarantin utk tempoh 7-8
hari sahaja. Stage 4/5 yg kerajaan perlu fikirkan dari dulu lagi seperti
keperluan ventilatorsnya.
Anda pula bagaimana...mahu total lockdown 21 hari atau teruskan
seperti skg dgn mengetatkan SOP sahaja? Adakah anda merasakan Darurat akan
disambung? Tepuk dada tanya selera...
Saya bertanya sb saya juga sedikit keliru kerana ada yg divaksin
2 kali masih positif, di Indonesia yg sudah divaksin 2 kali ada yg positif dan
meninggal. Yg positif pula stage 1/2 hanya dikuarantin tanpa ubat dan boleh
sembuh sendiri. Ada pelajar pula tinggal serumah 5 org dan duduk sebilik hanya
seorang kena yg lain negatif...?
Lalu saya bertanya bagaimana ia berjangkit..adakah kita akn terus
bersembunyi di rumah hingga jadi papa kedana dan ada yg mati kelaparan
memandangkan Pandemik ini akn berakhir dua tiga tahun lagi? Atau teruskan dgn
SOP dan meredhai mereka yg pergi meninggalkan kita demi menyelamatkan jutaan yg
lain?
Adakah jika kita melakukan total lockdown ada jaminan tiada
berlaku fourth wave covid dan seterusnya PKP4.0 sdgkan jika berlaku PKP3.0
puluhan ribu akn hilang punca pendapatan? Jika risiko vaksin kita boleh
menerima kerana peratusan yg kecil mengapa tidak menerima risiko Covid?
SEMOGA ALLAH MELINDUNGI KITA DARI WABAK INI... AMIN.