Solidariti
bersama Ain Husniza (Malay/English)
By
Kami (seperti di bawah)
amat terganggu dan terkejut dengan komen-komen yang membahayakan dan ugutan
yang dibuat oleh orang awam terhadap Ain Husniza Saiful Nizam.
Beliau,
seorang pelajar 17 tahun, baru-baru ini telah melaporkan bahawa guru lelaki
Pendidikan Jasmani Kesihatan di sekolahnya telah membuat ‘jenaka’ mengenai
rogol dan menyiratkan bahawa pelajar lelaki boleh merogol perempuan dewasa dan
bukan perempuan bawah umur. Ain telah berkongsi pengalamannya di TikTok, sebuah
aplikasi perkongsian video.
Disebabkan
video TikTok tersebut, Ain telah menerima ugutan rogol daripada seorang pelajar
yang juga menuduhnya merosakkan imej sekolah. Ain juga dikritik menjadi
“terlalu emosional” dan diberitahu bahawa kejadian tersebut harus diatasi
secara dalaman di sekolah.
Jenaka mengenai rogol, komen lucah dan memalukan tubuh badan seseorang
(body shaming) di media sosial
Walaupun
video TikTok Ain menerima sokongan orang awam, ia juga telah menerima kutukan
dan kritikan dalam bentuk komen seksual dan ugutan di media sosial. Gangguan
dalam talian tersebut telah menyebabkan Ain menjadi subjek “victim blaming”
(menyalahkan mangsa) dan objek seksual. Ain juga telah dikutuk kerana tidak
memakai tudung.
Apa
yang menakutkan, majoriti komen-komen tersebut telah dibuat oleh orang dewasa
lelaki termasuklah yang dikatakan guru-guru lelaki. Ini adalah sesuatu yang
amat menggelikan dan membawa malu terhadap profesion perguruan kerana guru
sepatutnya menjadi contoh kepada para pelajar. Jika benarlah komen-komen
tersebut dibuat oleh guru-guru, kami menuntut mereka disiasat dan tindakan
keras diambil terhadap mereka. Kita mesti memastikan sekolah merupakan tempat
yang selamat untuk semua pelajar.
Selain
itu, komen Timbalan Ketua Polis Negara [pada masa itu] Acryl Sani Abdullah Sani
juga membiasakan budaya rogol dengan mengatakan bahawa polis telah menerima
laporan daripada seorang pelajar. Komen beliau, “mungkin gurauan oleh rakan
sedarjahnya yang tidak dapat dia terima” adalah komen yang tidak sesuai dan
tidak boleh diterima. Kenyataan seperti ini amatlah tidak sensitif dan
mengejutkan kerana rogol dan jenaka rogol harus diambil kira sebagai ugutan
kepada keselamatan. Oleh itu, kami mendesak [beliau] meminta maaf secara rasmi
untuk kenyataannya yang tidak profesional dan tidak sensitif yang memandang
rendah terhadap ugutan rogol dan memandang rendah terhadap kegusaran dan
keresahan yang disebabkan gangguan seksual.
Kami
ingin kejadian ini menjadi suatu pengajaran kepada semua untuk menolak budaya
seksisme dan menolak semua bentuk gangguan seksual dalam kehidupan dan
perbualan harian. Kami menuntut kebertanggungjawapan daripada para guru, sekolah,
penguatkuasa undang-undang dan sesiapa sahaja yang telah menyebabkan gangguan
terhadap Ain. Kami juga tidak menyokong apa-apa bentuk hukuman balas
(retributive punishment) atau serangan secara beramai-ramai (mob attack)
terhadap mereka yang telah menyerang Ain.
Support
the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for
Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
·
Make a
one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Schedule an auto
donation to Aliran every month or every quarter
Solidariti
bersama Ain Husniza
Kami dengan sebulat suara menyokong Ain Husniza dan gerakannya
#MakeSchoolASaferPlace. Ain telah menunjukkan keberanian dan kecekalan dengan
mengkritik budaya misoginis yang toksik yang membiasakan jenaka rogol, antun
seksual (sexual grooming), maskuliniti toksik (toxic masculinity) dan
pedofilia.
Tindakan berani Ain dapat mewujudkan kesan positif dan
menggalakkan lebih ramai pelajar dan orang muda untuk bangkit dan melawan
gangguan seksual dan segala bentuk layanan yang mendiskriminasikan dan
merendahkan pelajar perempuan di sekolah dan institusi pendidikan yang lain.