POSTED BY AMIR WRLR
Pakatan Harapan (PH) menyokong pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) penuh atau total lockdown namun mengemukakan beberapa
syarat kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Menurut kenyataan Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan
(PH), PKP penuh kerajaan memberi bantuan sara hidup kepada rakyat dan hal itu
perlu diutamakan.
"Jawatankuasa Kos Sara Hidup PH mengambil pendirian
konstruktif dengan menyokong keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan
penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari
dari 1 Jun sehingga 14 Jun 2021.
"Namun persetujuan itu kami capai dengan beberapa syarat yang
perlu dipenuhi pihak kerajaan," kata mereka dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu lagi, bantuan makanan asas dan elaun
kehidupan perlu diutamakan bagi memastikan keselesaan hidup rakyat sepanjang 2
minggu PKP berkenaan.
"Kerajaan sepanjang PKP perlu beri bantuan one off kepada
golongan B40 dan M40. Laksanakan moratorium pinjaman bank selama 3 bulan
"TNB juga perlu beri rebat elektrik. Pastikan bekalan
barangan keperluan harian yang mencukupi dan harga barang tidak naik.
"Selain itu, kerajaan perlu pastikan penghantaran barang
keperluan ke destinasi tidak terhalang dan laksanakan bantuan bakul makanan
kepada rakyat memerlukan," kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Hassan Abdul Karim
(KEADILAN), Datuk Hj Hassanuddin Mohd Yunus (Amanah), Chong Chieng Jen (DAP),
Natrah Ismail (KEADILAN), Sivakumar Varatharaju Naidu (DAP), Chan Foong Hin
(DAP) dan Cha Kee Chin (DAP).