W.FAUDZIN
Kekuatan dan nadi sesebuah negara itu adalah
parlimen. Di sini bermula segalanya, di sini tempat berbincang, baiki mana yg
patut, tambah mana yg perlu. Tapi bila parlimen pun ditutup, tak peliklah kita
tewas berperang lawan Covid walaupun ada darurat. Susah rakyat kalau negara
dipimpin oleh orang bodoh. Nak salahkan rakyat tak boleh juga, sebab bukan
rakyat yang angkat mereka jadi kerajaan. Hadap je lah malapetaka ini. Siapa yang
bersubahat angkat puak bodoh ni memimpin, tanggung lah sumpah seranah rakyat..
Angka Covid naik lagi ke? Woww...seronok la
abah cow kan? Bleh bawak angka ni tunjuk kat istana untuk tambah lagi darurat
kan? Lagi lama dpt memerintah kan?
FMT Reporters
-
May 19, 2021 6:55 PM
Chow Kon Yeow berkata, dakwaan Khairy Jamaluddin yang syarikat ‘bogus’ itu menawarkan dua juta dos vaksin Covid-19 adalah serius.
PETALING
JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow meminta pengarah syarikat yang
menawarkan dua juta dos vaksin Sinovac kepada negeri itu tampil memberi
penjelasan dan menunjukkan bukti bagi membersihkan nama mereka.
Ini
kerana, katanya, Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,
Khairy Jamaluddin, mendakwa syarikat berpangkalan di Hong Kong itu “bogus” dan
tawaran terbabit satu “scam”.
“Dakwaan
serius itu turut mewajibkan syarikat tersebut dan pengarah yang dinamakan
menteri untuk tampil bagi menolak dakwaan berkaitan.
“Bagi
pihak kerajaan Pulau Pinang, kami mengambil tindakan berhemah apabila menerima
tawaran vaksin berkaitan melalui surat bertarikh 1 Februari 2021 yang mana kami
telah memohon pandangan daripada Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP).”
Chow berkata, JKNPP meminta perkara itu dikemukakan kepada
Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pandangan serta nasihat lanjut.
Katanya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Razak Jaafar mengutus
surat kepada Ketua Setiausaha KKM 15 Feb lalu bagi memohon pandangan berhubung
perkara itu.
“Pada 12 Mac, Mohd Shafiq Abdullah selaku Ketua Setiausaha KKM
memberi jawapan kepada kerajaan negeri tidak perlu menimbangkan sumbangan
vaksin tersebut kerana kerajaan persekutuan telah merangka dan melaksanakan
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
“Pandangan Ketua Setiausaha KKM langsung tidak menyentuh tentang
isu status syarikat tersebut,”
Beliau berkata, kerajaan negeri itu tidak boleh membuat tindakan
susulan kerana tidak dapat mengemukakan surat perakuan KKM kepada syarikat
berkenaan untuk meneruskan rundingan dengan pengeluar vaksin.
Katanya, beliau membangkitkan isu itu semula semalam dengan
mempersoalkan KKM mengapa tidak dapat memberi perakuan kepada Pulau Pinang
berdasarkan surat jawapan Ketua Setiausahanya, sedangkan Sarawak dan Selangor
dibenarkan membeli vaksin sendiri.
Terdahulu, Khairy hari ini dilaporkan berkata, siasatan ke atas
tawaran itu tidak menemui sebarang keterangan yang membuktikan kewujudan
syarikat berkenaan, mahupun penulis surat tawaran itu, yang memperkenalkan
dirinya sebagai pengarah urusan syarikat berkenaan.
Pemeriksaan rekod syarikat di Hong Kong itu mendapati ia tidak
wujud dan tiada sesiapa mengenali penulis surat itu, yang dikatakan menetap di
Kota Kinabalu.
“Senang kata, apa (surat) yang ditunjuk Ketua Menteri Pulau Pinang semalam kononnya ada tawaran dua juta dos adalah palsu, ini adalah ‘scam’, ini adalah ‘bogus’,” katanya.