POOOODAHHHH.......TAK RASA MALU KE APA ? SEKONGKOL DENGAN PENGKHIANAT DAN SEGALA MACAM MAKSIAT..YANG LAIN MANA? LARI MASUK GUA KE?

 

Pemuda Pas akui kerajaan PN gagal pantau kegiatan judi

Pemuda Pas akui kerajaan PN gagal pantau kegiatan judi

Pemuda PAS menggesa pemantauan terhadap operasi perjudian diperluas ke premis dan kegiatan seumpamanya di seluruh negara, susulan arahan penutupan serta-merta premis kasino Genting Highlands pada Jumaat lalu oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin, berkata kegiatan perjudian bukan saja salah di sisi Islam, malah tidak membawa sebarang manfaat.

“Dalam situasi wabak Covid-19 dan ekonomi tidak menentu ketika ini juga, sektor perjudian dan premis kasino seperti ini langsung tidak membantu terhadap motivasi kerohanian dan tekanan mental serta keharmonian rakyat, apatah lagi terhadap poket peribadi dan keluarga, sebaliknya mengundang lebih banyak masalah.

“Kuasa kerajaan mesti digunakan untuk meningkatkan penguatkuasaan menangani kegiatan perjudian tanpa lesen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) turut mendesak kerajaan menghentikan cabutan loteri atau judi bagi tujuan kebajikan.

“Pemuda PAS Malaysia juga ingin mengulangi kebimbangan yang telah dizahirkan sebelum ini berhubung langkah kerajaan yang menambah kekerapan cabutan khas judi dari lapan kali setahun pada 2020, kepada 22 kali setahun bermula 2021.

“Sekalipun kekerapan cabutan ini bertujuan untuk menambahkan pendapatan negara, namun kami berpendapat ia bukan jalan penyelesaian terbaik.

“Judi adalah haram di sisi Islam dan hanya akan menambah lebih banyak masalah sosial dalam kalangan rakyat,” katanya.

Khairil turut mengesyorkan undang-undang diperketat bagi menjamin orang Islam di negara ini tidak terlibat sama sekali dalam kegiatan perjudian.

Bagi orang bukan Islam pula, katanya, kebenaran hanya patut diberikan dalam kalangan keluarga atau ketika majlis perayaan tertentu sahaja.

“Kami percaya, Malaysia akan jauh lebih baik tanpa semua operasi pub, kelab malam dan kasino, sekali gus akan menyelesaikan isu-isu berkaitan diakibatkan selama ini,” katanya.

Hari ini, Resorts World Genting mengumumkan kasinonya di Genting Highlands ditutup sehingga notis lanjut, sehari selepas Ismail dilaporkan berkata beliau tidak menyedari kasino itu beroperasi selepas mengarahkan ia ditutup Jumaat lalu.

Terdahulu, FMT melaporkan Kasino Genting, Kelab Genting dan kasino Genting Club Private Gaming masih dibuka kepada ahli Genting Rewards saja, menurut garis panduan operasinya. – FMT