PENEROKA NAK SERONOK MACAMANA BILA HARGA BARANG NAIK MELONJAK . SETIAP ISU DIBERI ALASAN. BUAT LAH KERJA JANGAN CARI ALASAN.

 

Panas! Che Ibrahim dedah mengapa peneroka sambut lesu kenaikan harga sawit yang tertinggi dalam sejarah?

Che Ibrahim dedah mengapa peneroka sambut lesu kenaikan harga sawit yang tertinggi dalam sejarah?

Wpun harga minyak sawit mentah hari ini adalah tertinggi dalam sejarah, namun ianya tidak mampu mengembirakan peneroka dan pekebun sawit, mengapa?

Wpun ramai budak budak parti tertentu mendabik dada sebagai kejayaan menterinya apabila harga minyak sawit mentah mahal (tetapi ketika harga sawit jatuh mereka salahkah pasaran sawit dunia), realitinya peneroka dan pekebun sawit masih belum boleh senyum kerana:

Pertama – hampir semua ladang ladang peneroka rancangan tanah seperti FELDA dan KESEDAR telah diserahkan oleh peneroka kepada agensi agensi tersebut kerana mereka tidak mampu lagi menguruskan ladang mereka atas pelbagai faktor termasuk kejatuhan harga minyak sawit ke paras yang amat rendah beberapa tahun yang lalu dan kos pengurusannya yang tinggi.

Peneroka hanya diberi elaun sarahidup dengan kadar yang tetap setiap bulan, dulu ada la juga bonus, sekarang bonus dah menyepi diri. Jadi samada harga sawit naik atau jatuh, ianya sudah tidak ada dalam pemikiran peneroka.

Kedua – pekebun sawit masih belum dapat menikmati nikmat sebenar kenaikan harga minyak sawit kerana ianya meningkat di musim buah sawit tidak ada. Perlu di ketahui, hasil sawit amat berkurangan bagi bulan Jan – Mei setiap tahun kerana “mengawas” @ buah tidak ada. Buah sawit akan banyak @ jemerok @ meningkat dalam bulan Julai – Nov. Oleh itu jika harga tinggi ini boleh kekal hingga ke hujung tahun atau kekal mahal seperti sekarang selama lamanya, maka insyaallah nikmatnya akan terasa.

Ketiga – Akibat harga sawit yang amat rendah beberapa tahun kebelakangan ini, banyak kebun/ladang sawit yang tidak terurus, tidak berbaja, tidak ditebas/racun kerana tidak mampu selain minat yang rendah, lemah semangat kerana harga buah sawit amat murah. Oleh itu kebun sawit memerlukan satu tempoh pemulihan semula sebelum kembali mengeluarkan hasil maksima.

Kesimpulannya peneroka dan pekebun sawit masih belum mampu tersenyum walaupun harga sawit berada di paras tertinggi dalam sejarah.

p/s harap budak budak Pas jangan mudah mendabik dada kerana menterinya yg jaga perihal sawit.

Che Ibrahim Mohamed