Pemuda ini ingatkan Umno jangan nak bodohkan rakyat

 Pemuda ini ingatkan Umno jangan nak bodohkan rakyat


KENYATAAN RASMI PEMUDA AMANAH NEGERI KEDAH

25 Mei 202 | Selasa

1. Apa yang UMNO mahukan sebenarnya? sehingga Presiden UMNO sendiri membuat kenyataan yang agak lucu dan mengelirukan rakyat tentang kegagalan Kerajaan PN mentadbir urus negara dalam situasi pendemik Covid19. Adakah seorang presiden parti melayu terbesar tidak mempunyai pengaruh dan kuasa?

2. UMNO merupakan sebahagian kompenan dalam kerajaan PN yang mana 9 ahli parlimen UMNO menjadi menteri dan timbalan menteri. Beliau mungkin lupa bahawa, Presiden UMNO sendiri memberikan kesaksian kepada Yang Dipertuan Agong untuk menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini. Sudah terang lagi bersuluh dan apa lagi sandiwara yang mahu dimainkan oleh beliau?

3. Sekiranya UMNO anak jantan secara terbuka semua MP perlu menarik sokongan kepada YAB Perdana Menteri dan sidang parlimen dibuka segera untuk menentukan hala tuju politik dan kestabilan negara. Bukannya sekadar slogan No ANWAR, No DAP dan No BERSATU walhal semua ini hanya retorik semata-mata dan jelas menjaga periuk nasi.

4. Hakikatnya kerajaan PN sekarang jelas tidak mampu lagi mentadbir urus ekonomi serta pandemik Covid19 dengan baik sehingga kes harian dan kematian ditahap membimbangkan. Rakyat dan penyokong UMNO seharusnya sedar bahawa kerajaan yang ada ini gagal menguruskan negara dengan baik. Apa peranan 4 Menteri Kanan, 27 Menteri dan 37 Timbalan Menteri yang ada sekarang?

5. Adakah Presiden UMNO sedaya upaya cuba menyelamatkan UMNO dari dihukum rakyat atas kegagalan PN pada PRU akan datang? Kerajaan PN merupakan pengkhianat kepada demokrasi negara dan mandat rakyat serta tidak mendapat penghormatan negara dan pimpinan antarabangsa kerana pengkhianatan yang dilakukan.

6. Apa guna slogan Melayu Islam sekiranya nilai contoh Islam tidak dipraktikkan dalam pemerintahan yang berjalan sekarang. Sekiranya UMNO mendaulatkan Islam sebagai asas perjuangan mereka perlu menolak kerajaan pengkhianat dan tebuk atap ini. Ini soal maruah UMNO atau adakah UMNO sendiri sudah hilang maruah sebagai entiti terbesar Islam dan orang Melayu?

6. Pemuda AMANAH Negeri Kedah mencabar Presiden UMNO untuk membuat satu keputusan dengan penarikan sokongan secara total dan meletakkan semua jawatan dalam kerajaan bagi membersihkan maruah UMNO itu sendiri dimata masyarakat. Bak kata pepatah janganlah menjadi musang berbulu ayam dalam perihal ini kerana hakikatnya rakyat mengetahui segala tindak tanduknya.

MOHD RIDZWAN ARSHAD AHMAD
Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kedah