KAK IDA ABDULLAH.
TSMY,
Assalamu'alaikum. Saya sebagai rakyat ingin memberi pendapat
walau sudah agak terlambat. Saya pernah beri pendapat setahun dahulu minta kamu
u turn dan kembali ke PH tapi tak diendah dan ramai perkecilkan. Anyway your
lost, not mine! Setahun dari apa yang saya cadangkan adakah lebih baik kamu
duduk bersama kitol and the geng? Bersama penunggang agama pembawa bala?
Bersama perasuah yang kau asyik gertak mereka supaya kau terus berkuasa?
Sedangkan kebenarannya kau telah hilang sokongan. Tapi kau masih disitu kerana
dipayung istana.
Sebagai rakyat yang mengambil pemimpin sebagai teladan saya
ingin bertanya, kamu tak rasa berdosa kah mengkhianati amanah? Kamu menang
bersama PH, dalam kerajaan bersama PH. Mahathir letak jawatan, biarlah. Kenapa
selepas dia letak jawatan kau umum keluar dari Pakatan Harapan? Bodohnya kamu!
Mahathir liabiliti kepada PH. Tahu tak betapa leganya apabila dia letak
jawatan? Sekali lagi bodohnya kamu!
Andai Mahathir letak jawatan kamu masih dalam PH, Anwar diangkat
PM dan kamu TPM. Oh kau gelojoh kan? Kerana kegelojohan, kau sanggup khianat
dengan Mahathir menghalang Anwar, menghalau DAP dari kerajaan. Kau ikut cakap
Mahathir dan sanggup bersama Kitol pengkhianat, pelacur agama PAS dan para
perasuah UMNO dan membentuk kerajaan walau bala bertimpa sebagai balasan?
Memang kami rakyat paling terkesan dengan pengkhianatan kamu
wahai ahli politik keji pentingkan diri! Tetapi kamu lupa, kamu yang diizin
Tuhan menjadi pemimpin kami. Kamu yang bertanggungjawab atas keputusan kamu
yang memberi kesan kepada kehidupan kami, kemelaratan kami, kematian kami. Kau
lupa? Atau kau dilupa kerana kegelojohan pangkat dan harta? Jika orang alim
yang bersekongkol dengan kamu enggan menasihati mu, kami sebagai rakyat yang
masih punya hati ingin menasihati mu, berundur lah.
Jika kau masih degil kerana ego untuk terus jadi Perdana Menteri
sedangkan kau tidak mampu membawa manfaat kepada rakyat dan negara malah
menghancur saki baki yang ada, ketahuilah kau sebenarnya bodoh kerana
mengkhianati diri sendiri. Kamu dan kabinet kamu TIDAK mengkhianati kami, tidak
menganiayai kami TETAPI mengkhianati dan menganiayai diri kamu semua sendiri.
Tak percaya? Tunggulah saat kamu mati. Adakah sesiapa akan turuti? Pelacur
agama yang menghalalkan perbuatan khianat kamu akan ikut untuk membela kamu?
Payung besar yang melindungi kamu akan ikut memberi naungan kepada kamu? Hatta
anak bini kamu, sedang di dunia lagi mereka sudah tidak peduli tentang nasib
kamu, membiar kamu melakukan dosa semaksima agar mereka dapat hidup mewah.
Mereka juga tidak mahu ikut kamu. Malah mayat kamu akan dicampak ke dalam
lubang jauh dari rumah agam kamu!
Kamu rasa berkuasa? Kamu tiada apa-apa sebenarnya! Kamu rasa
menang? Setiap saat diri mu kalah sebenarnya. Kau Perdana Menteri, aku rakyat
kerdil, kita sama di sisi Allah Yang Maha Adil. Kau rasa kau diizin menjadi
Perdana Menteri untuk berkuasa, untuk hidup kaya, untuk menindas rakyat? Kau
diizin Allah menjadi PM kerana Allah mahu kamu laksanakan amanah seorang
pemimpin yang membawa rahmat kepada negaranya dengan menjaga rakyat, binatang,
pokok-pokok, sungai, laut, bukit dan gunung BUKAN mendapat keuntungan dari
memerah keringat rakyat, memotong pokok-pokok, mencemar sungai, laut, menjarah
bukit dan gunung.
Kau Mahiaddin Mohd Yasin akan menjawab semua kerosakkan yang
berlaku selama mana kau Perdana Menteri dalam negara ini.
Kami tidak dengki dengan harta dan istana kamu wahai pemimpin.
Kamulah sepatutnya ngeri dengan dengan peranan kamu sebagai pemimpin di atas
bumi ini. Yang akan ditanya kamu, bukan kami.
Saya seorang suri rumah dari kalangan marhaen, saya tidak
berdiam terhadap kezaliman seorang pemimpin, kerana seperti kamu, saya juga
akan berdiri berseorangan di hadapan Tuhan. Sekiranya teguran saya ini dapat
membantu saya bahawa dengan segala kekurangan seorang rakyat, tiada kedudukan,
tiada kepentingan, tiada pengaruh telah melakukan kewajipan, saya redha dan
memohon keampunan dari Allah SWT.
Selemah-lemah iman saya menegur kamu sekelian, wahai para
pemimpin yang alpa dengan amanah Tuhan.