By
-
21 May 2021
Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
KUALA LUMPUR – Kejayaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
mengisytiharkan peningkatan dividen kepada 3.5 peratus bagi tahun kewangan
berakhir 31 Disember lalu berbanding dengan 2.5 peratus pada tahun 2019
menunjukkan kelemahan di bawah pentadbiran Menteri Pertahanan ketika itu,
Mohamad Sabu.
Ini menunjukkan LTAT d bawah pentadbiran Menteri Kanan
Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu mencatatkan untung bersih yang
tinggi mencecah RM229 juta walaupun berdepan cabaran kelembapan ekonomi kerana
wabak Covid-19.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris
berkata, ketika zaman Mohamad atau lebih dikenali, Mat Sabu, dividen LTAT hanyalah
2.5 peratus dengan untung bersih RM91.7 juta pada 2019.
“Itu pun selepas mereka menjual aset strategik LTAT seperti
Hotel Royal Chulan milik Boustead dijual kepada Singapura dengan harga rendah
dari pasaran.
“Yang mereka tahu hanyalah menyalahkan kerajaan BN kononnya
pentadbiran kerajaan lepas menyebabkan prestasi kewangan LTAT buruk,” katanya
dalam satu hantaran di Facebook miliknya di sini.
Najmil Faiz yang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu
berkata, sebab itulah perlunya perancangan strategik untuk memulihkan kewangan
dan perkara ini dapat dilakukan pada peringkat negara janya jika kerajaan
Barisan Nasional (BN) memerintah.
“Menteri BN membina negara, Menteri PH meranap negara.
“Itulah beza antara BN dan PH. Tahniah Dato Seri Ismail Sabri
Yaakob!” tulisnya