Lebih 100 percubaan godam pameran kartun hak asasi dalam talian

 

POSTED BY AMIR WRLR



Pameran kartun hak asasi manusia ASEAN di laman web Craftora.com cuba digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Pengarah Program Pameran Kartun Hak Asasi Manusia ASEAN, Zunar, percubaan godam dilakukan baru-baru ini ketika forum bertajuk "Kartunis - Musuh Negara" yang menampilkan Zunar, kartunis dari Filipina, Joshua Cabrera dan dari Indonesia bapak Guzwid, ahli akademik Prof Muliyadi Mahmood dan aktivis hak asasi manusia Nalini Elumalai sedang berlangsung.


Percubaan menggodam laman web



"Kami menemui lebih daripada seratus percubaan untuk menggodam laman web dan ia berasal dari lebih dari 50 IP yang berbeza. Tetapi setakat ini, tidak ada kerosakan pada laman web," kata Zunar.

Pameran yang bertemakan ‘Hak Asasi Manusia di Negaraku’ ini mempamerkan 100 karya kartun yang disusun keras oleh 37 kartunis dari wilayah ASEAN.

Terdapat 13 dari Malaysia, 13 dari Indonesia, 4 dari Thailand, 6 dari Filipina dan seorang kartunis mewakili Myanmar. Pameran ini berlangsung sehingga 29 Mei dan boleh diakses di Craftora.com.