M.
Jamil perlukan bantuan
By
-
11 May 2021
Mohamad Jamil Zulkifli
KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah filem, M. Jamil atau nama
sebenarnya Mohamad Jamil Zulkifli kini memerlukan bantuan untuk menampung
kehidupannya sekeluarga kerana hilang mata pencarian sejak diserang penyakit
angin ahmar sejak tiga tahun lalu.
Jamil yang pernah membintangi filem Riang Tirana, Ranjau
Sepanjang Jalan, dan Dia Ibuku serta pernah mengarahkan lima filem termasuk
Momok The Movie pada 2009 itu, bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.
”Saya memang tidak berdaya lagi untuk
bergerak sejak tiga tahun lalu dan tak ada sumber pendapatan.
”Alhamdulillah terima kasih atas sumbangan kerusi roda baru ini.
Ini pun sudah cukup untuk hari raya tahun ini,” katanya ketika ditemui pada
majlis penyerahan kerusi roda oleh Ketua Biro Kesejahteraan Sosial, Persatuan
Pengarah Filem Malaysia (FDAM) di rumahnya di Taman Puchong Utama di sini.
Anak seniwati Datuk Sarimah Ahmad itu kini tinggal bersama-sama
isteri, Shahrila Baharom, 49 dan dua anak berusia enam dan empat tahun.
Sumbangan FDAM bagi menggantikan kerusi
roda lama yang telah lusuh itu adalah sebahagian aktiviti persatuan itu bagi
membantu ahlinya yang memerlukan.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh berbuat
demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional 1011141000023821 (Mohamad Jamil
Zulkifli). –