KERAJAAN PN BOLEH JIMAT UNTUK RAKYAT JIKA HAMBA SAHAYA INI DITUTUP

 

No photo description available.

Hari ni umum 'TOTAL LOCKDOWN'. Korang tahu tak yang kerajaan can easily buat total lockdown 2 bulan dan tampung gaji 2.8 juta rakyat. Siap ada elaun RM 1,000 untuk 500,000 rakyat lagi. Macam mana?

Tugas menteri bukan buat poster rakyat menangis dan justify kononnya 2.8 juta rakyat hilang kerja. Tugas menteri adalah cari solution.

Berapa peruntukan untuk kerajaan bayar gaji minimum pada 2.8 juta orang ni? RM 3.36 billion sebulan. Mana nak dapat duit? Nahhh 

Korang tahu kan lepas PN rampas kerajaan dari PH, kabinet makin besar. Banyak kementerian baharu.

Tahu berapa kos tambahan rakyat bayar untuk pengkhianatan sial ni? RM 7.184 billion brader.

Berapa kita nak sebulan untuk cover 2.8 juta rakyat menangis tu? RM 3.36 billion.

.Berapa kita kena bayar untuk 2 bulan pulak? RM 6.72 billion.

So, kalau kita tak tambah kementerian dan menteri bodoh ni, kita boleh buat 2 bulan full lockdown dan bayar 2 bulan gaji minimum pada 2.8 juta orang yang terjejas. Itu pun ada baki 464 juta.

.Apa lagi duit yang boleh kerajaan guna?

1) Baki tadi - 464 juta tadi

2) JKOM - 40.5 juta

3) Penggerak Komuniti - 8.6 juta

Total - 513 juta

Boleh bayar RM 1,000 pada 513,000 rakyat

Aku conclude semula, kalau PN tak besarkan kerajaan, takde JKOM, dan takde PKN tu, apa kita dapat?

1) 2 bulan full lockdown siap gaji untuk 2.8juta rakyat

2) RM 1,000 untuk 513,000 rakyat

.Ni tak perlu guna dana tambahan pun. Ini duit yang kita ada kalau PN tak ambik alih. Ambik alih je terus besarkan kabinet.

Sebab tu aku hanya boleh terima kalau orang yang tak follow politik kata "PN okay je dulu, sekarang teruk". Kalau yang celik politik kata macam ni, menipulah.

Kredit: Farhan Zulkefly

SR