Inilah antara contoh
berita yang kita tidak jumpa di mana-mana portal berita Bahasa Melayu arus
perdana kerana ianya hanya berlegar di media-media bahasa cina.
Terima kasih Ismaweb.net kerana
membuat terjemahan laporan berita dari akhbar cina ini. Jika tidak, kita pun
tidak tahu hakikat sebenar.
Menurut Timbalan
Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, sejak lebih 20 tahun
yang lalu, sebanyak 127 SJKC telah dibina, sama ada ianya sekolah baharu atau
sekolah baharu hasil relokasi.
Beliau berkata lagi,
sehingga hari ini, sebanyak 1301 buah sekolah SJKC telah dibina di Malaysia.
Ini bermakna semua dari jumlah telah ditanggung oleh kerajaan Malaysia.
Lebih mengejutkan
lagi, beliau berkata sedemikian adalah ketika beliau merasmikan Majlis Pecah
Tanah Pembinaan SJKC Choon Hwa Pandan, baru-baru ini di mana peruntukan
sebanyak RM1 JUTA kepada sekolah baharu itu telah diserahkan lagi.
Kita telah mencabar
keabsahan sekolah vernakular di mahkamah dan MCA bersama NGO-NGO Cina menjadi
pencelah dalam kes ini bagi pertahankannya.
Nampaknya mereka
sedang sedaya upaya memperkukuhkan kedudukan sekolah vernakular dengan membina
dan memberi peruntukan sebanyak mungkin. Jika perlu diswastakan satu hari
nanti, tidak mustahil mereka sudah bersedia menjadi suatu sistem alternatif
gergasi yang stabil.
Nampaknya aspirasi
rakyat untuk memperkasakan identiti dan jati diri negara semakin terhakis dan
semakin cair. Kerajaan hanya membuatkannya lebih parah dengan menyuburkan akar
penyebabnya; sekolah vernakular kerajaan (SJKC).
Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
10 Mei 2021
Sumber:
https://ismaweb.net/.../kpm-bina-127-sjkc-baharu.../
-----
Bantu kami dalam
agenda membela agama, bangsa dan tanah air: bit.ly/pembelatanahair
ISMAWEB.NET
Portal Islam dan
Melayu - Mengangkat Suara Umat
Portal Islam dan
Melayu (ISMAWEB) berhasrat memikul peranan dalam mendidik dan membangunkan jati
diri umat Islam di Malaysia melalui media.
33