JAMZURI ARDANI
Tuan Ibrahim akui PAS tidak mampu buat perubahan dalam kerajaan
kerana cuma ada 3 orang menteri.
Masalahnya dalam kementerian yang menterinya dari PAS pun teruk.
Apa lebih baiknya Kementerian Alam Sekitar di bawah menteri PAS sekarang
berbanding menteri DAP sebelum ini? Apa lebih baiknya Kementerian Komoditi dan
Perladangan di bawah menteri PAS sekarang berbanding menteri DAP sebelum ini?
Apa lebih baiknya menteri undang-undang PAS sekarang dengan menteri
undang-undang sebelum ini?
Isu RUU355 di bawah menteri PAS. Isu pendakwaan kes pembunuhan
Adib di bawah menteri PAS. Apa yang menteri PAS buat?
Malah rakyat juga langsung tidak nampak apa lebih baiknya
agensi-agensi di bawah menteri agama sekarang berbanding menteri agama sebelum
ini.
Semua pun sembang kari je ...