A.KADIR JASIN
1. Dalam beberapa hari kebelakangan ini timbul pula cerita dan
rakaman video yang didakwa membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Selangor yang juga Setiausaha Politik kepada seorang Menteri Kabinet
dari Bersatu.
2. Seperti selalu, dia pun menafikan kandungan video itu dan
mendakwa dia mangsa fitnah. Dia pun menafikan juga yang dia ada menghantar
surat mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Mahiaddin Md. Yasin @
Muhyiddin.
3. Boleh jadi inilah peluang Ketua Polis Negara yang baru, Acryl
Sani Abdullah Sani membuktikan yang dia lebih
hebat
daripada KPN yang baru bersara, Abdul Hamid Bador, dengan
membuka kertas siasatan.
4. Abdul Hamid hanya berjaya cam salah seorang daripada dua
pelakon video berahi (passionate) Sandakan. Kalau Acryl Sani berjaya cam dua
atau lebih watak dalam video terbaru ini, dia menang "hands down".
5. Kalau nak lagi
hebat
, dia boleh "review" atau siasat balik video Four
Points by Sheraton itu. Sekiranya dia cam pelakon yang Abdul Hamid tak cam,
memanglah dia
hebat
. Kalau banyak orang anggap Abdul Hamid
hebat
, kita mahu Acryl Sani jadi IGP yang lebih
hebat
. Lagi pun dia kena buktikan secara sahih yang dia bukan
"budak" sesiapa.
6. Itu cerita sekarang. Ini cerita dulu-dulu pula - cerita pada
tahun 1960-an dan 70-an masa saya bersekolah dan kemudian bekerja di Alor Star.
Kami mengenali seorang penjawat awam yang jauh lebih dewasa daripada kami. Dia
mempamerkan perwatakan yang memberi gambaran bahawa dia mempunyai orientasi
seksual yang bercanggah dengan kebiasaan.
7. Kalau dalam bahasa Inggeris pada masa itu, orang macam dia
digelar "bugger". Mengikut pengertian waktu itu, ia membawa maksud
seorang lelaki yang sukakan budak-budak lelaki jambu (pretty boys). Kamus
Merriam-Webster, antara lain, mentakrifkan "bugger" sebagai
"sodomite" (peliwat).
8. Mengikut seorang sahabat yang sama-sama penjawat awam
dengannya, dia mempunyai "code word" bagi budak-budak jambu menarik
minatnya iaitu "and the Renault". Waktu itu kereta Renault buatan Perancis
sedang diminati ramai. Rujukan kepada Renault adalah kerana dua model kereta
tersebut yang bernama Dauphine dan Gordini mempunyai enjin di belakang.
9. Pada penghujung 1990-an, seorang wartawan Amerika bertanya
saya mengenai kegiatan homoseksual dalam masyarakat Melayu-Islam di Malaysia.
Saya rasa jawapan yang saya bagi lebih 20 tahun lalu itu tepat dan masih
releven sampai hari ini memandangkan kes-kes liwat, pencabulan kehormatan dan
kegiatan homoseksual yang melibatkan tenaga pengajar dan petugas institusi
pendidikan agama serta kelompok politik.
10. Di kalangan agamawan pun terdapat kecenderungan menerima
kelakuan luar tabi'i ini atau, setidak-tidaknya pun, toleran terhadapnya atas
alasan ia sukar untuk dibuktikan mengikut syariah, bersangka baik dan tidak
mahu aibkan orang.
Sekian adanya. Terima kasih.
Gambar hiasan: Renault Dauphine