W.FAUDZIN
BILA AGAKNYA DAPAT
MENGADAP?
Pada April yang lalu,
dikhabarkan pihak istana telah berkenan untuk menerima mengadap Jawatankuasa
Merayu Penamatan Darurat, cuma tarikh belum ditetapkan.
Kita telah memasuki
ke bulan Jun sekarang dan masih belum menerima perkhabaran baik dari Istana.
Semoga apa yang dijanjikan itu dapat ditunaikan kerana rakyat memang dalam
keadaan gelisah dan susah sekarang.
____________________________________________
KUALA LUMPUR: Yang
di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
berkenan untuk menerima menghadap Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi
Darurat.
Perkara itu
dimaklumkan Pengerusinya merangkap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad
dalam satu kenyataan, hari ini.
Khalid bagaimanapun
berkata, tarikh untuk jawatankuasa itu menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk
menyerahkan petisyen merayu supaya darurat ditamatkan, belum ditetapkan.
"Sukacita
dimaklumkan bahawa, pagi ini saya telah menerima warkah dari Istana Negara yang
memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong bersetuju menerima
menghadap Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat untuk menyerah
petisyen untuk merayu agar darurat ditamatkan.
"Walaupun tarikh untuk menghadap belum lagi ditentukan, kami yakin satu tarikh akan ditetapkan seberapa segera untuk membolehkan kami semua menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan petisyen rayuan terbabit. Kesan buruk darurat semakin ketara hari ke hari," katanya./BH