MAN TOBA
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson mengambil maklum
sebuah berita berkenaan seorang nelayan yang mempunyai 4 orang anak yang
bersekolah dan terpaksa berkongsi telefon bagi mengikuti Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR), pihak Parlimen Port Dickson bersama pihak ADUN
Sri Tanjung, YB Dato' M. Ravi segera menyalurkan sumbangan dua peranti pintar
untuk kemudahan pembelajaran.
Untuk makluman, melalui Dato Seri Anwar Ibrahim, lebih 2000
peranti pintar telah disampaikan ke murid murid di Port Dickson sejak November
tahun lalu.
Moga sumbangan ini dapat membantu anak-anak ini dalam sesi PdPR
dan bermanfaat untuk mereka.