NORMAN RADZUAN
Saya percaya Pandemik Covid19 ini bahaya, saya percaya jumlah
nombor mereka yg positif hari ini... TETAPI... benarkah dos Vaksin sudah hampir
terputus bekalan? Kenapa pelbagai pihak termasuk saya sendiri mencadangkan
vaksinasi dilakukan di klinik2 dan sebagainya tidak diendahkan sdgkan ia
membawa kebaikkan kpd rakyat???
Kenapa media2 seolah olah mereka memainkan peranan 'swing' isu
ini dgn membakitkan isu peningkatan kes ini berlaku kerana rakyat semata mata?
Akhirnya rakyat yg tidak mahu berfikir mula bergaduh sesama sendiri. Rakyat
bergaduh dgn rakyat. Adakah Jkom berjaya dlm peralihan isu agar kerajaan tidak
dipersalahkan? Sdgkan disiplin kita jauh lebih baik dgn beberapa negara Eropah
mahu rakyat Indonesia sendiri.
Mengapa media tidak bertanya kpd rakyat kelemahan kerajaan ini
menguruskan pandemik? Kenapa media tidak bertanya atau menekan kerajaan kenapa
tidak melakukan perkara yg lebih efektik utk vaksinasi ini? Mengapa dialihkan
isu kononnya rakyat tidak mahu divaksinasi sdhkan berjuta juta berbulan bulan
menantikan vaksinasi ini?
Semua org tahu kerajaan ini bernyawa kerana darurat. Adakah
mereka mahukan numbers ini? 2 minggu + 4 minggu akn membawa kita ke pertengahan
Julai. Hanya perlu 2 minggu lagi utk bertemu 'tarikh mati' darurat. Adakah
mereka mahu ia disambung dan disambung dan terus disambung hingga 2023? Mereka
tahu buka sahaja Parlimen mereka akn menerima keaiban terbesar.
Pelbagai andaian bermain di kepala saya seolah olah seperti ada
sesuatu. Apa pun saya tunggu dan lihat apakah teori yg saya telah sampaikan
secara personal dgn beberapa rakan menjadi kenyataan. Jika saya detailkan nanti
jadi fitnah tapi hati saya berat mengatakan ya....Saya beritahu rakan2 terdekat
teori saya ini kerana apabila ia benar2 berlaku saya tidak mahu dikatakan
mengambil kredit ke atasnya.