Presiden
KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi menerima dos ke-2 vaksin Covid 19.
Menurut beliau, vaksin tersebut diterima di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur. Anwar menasihatkan agar lebih banyak rakyat mendaftar untuk proses vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera.
"Terima kasih kepada pasukan perubatan yang membantu dan memudahkan proses. Kerajaan harus tingkatkan pemahaman rakyat terkait vaksin serta rancak dan permudahkan pendaftaran.
"Vaksin adalah ikhtiar terbaik setakat ini dalam melawan wabak Covid-19. Saya berharap dan menggesa rakyat untuk mendaftar di MySejahtera bagi pengambilan vaksin agar dapat kita bina tahap ketahanan baru dan untuk negara ini kembali pulih," katanya.
Suntikan dos ke-2 adalah pelengkap kepada proses vaksinasi yang memastikan seseorang kebal daripada dijangkiti virus Covid 19
Sebelum ini, Anwar pernah mengingatkan kejayaan proses imunisasi Covid 19 merupakan langkah awal untuk menyegerakan pemulihan ekonomi negara.