Nadira Isaac sekolahkan netizen yang tuduh hidup mewah kerana dibela Sugar Daddy

 

Panas! Nadira Isaac sekolahkan netizen yang tuduh hidup mewah kerana dibela Sugar Daddy

BARU sahaja tular foto seksi bersama pendakwah bebas Pencetus Ummah Amin (PU) Amin, kini usahawan muda yang juga personaliti media sosial, Nadira Isaac didakwa kononnya ‘menjual tubuh’ untuk hidup mewah.

Dakwaan ini seolah-olah benar apabila dalam usia muda Nadira atau nama sebenarnya Nurul Nadira Kamarul Nizam,21, sudah mempunyai produk kecantikan sendiri iaitu Troieka.

“Kalau ada yang cakap asal seksi saja, mesti jual tubuh. Saya bukan jenis macam tu.

“Ya, saya seksi. Saya memang macam ni. Saya adalah diri saya. Saya takkan ubah imej saya hanya kerana mulut orang. Siapa yang kenal saya, mereka tahu perangai saya macam mana.

“Tak semestinya kalau perempuan pakai seksi dia ‘murah’, tak ada kerja atau dibela.

“Apa-apa pun saya harap netizen doakan saya. Kita tak tahu, apa penghujung diri saya kan.

“Mungkin sekarang saya seksi, akan datang kita tak tahu apa akan berlaku. Netizen yang tuduh saya macam tu (jual tubuh), kena kenal saya dulu, baru tahu saya ni seorang yang macam mana,” luah Nadira Isaac pada majlis berbuka puasa dan pelancaran produk Troieka yang diadakan di sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur.

Menyentuh tentang dirinya yang mempunyai produk kecantikan sendiri dalam usia muda, Nadira menjelaskan semua itu adalah hasil titik peluhnya sendiri.

Difahamkan, Nadira memperuntukkan modal sebanyak ratusan ribu untuk memulakan perniagaan produk ini.

“Kalau nak tahu saya ni memang jenis yang kedekut kerana saya suka menyimpan. Sejak saya berniaga (jual produk) sebelum ini, saya hanya akan guna 10% sahaja daripada hasil jualan yang saya dapat.

“Saya juga seorang yang akan buat apa sahaja yang saya nak buat (produk). Tak kisah jadi atau tidak, saya nak buat juga.

“Alhamdulillah dalam masa dua hari kami dapat jual 5000 kotak walaupun produk baharu,” ujarnya lagi yang menafikan dakwaan dia mampu hidup mewah kerana dibela sugar daddy.

“Ada yang cakap macam-macam pasal saya. Ada yang cakap saya ni seksi, penunggang agama, kau ni bila nak M4ti? dan yang cakap saya ada sugar daddy.

“Tak adalah. Bagi saya untuk ada sugar daddy tu tidaklah, tapi kalau nak ada kekasih kaya, kenapa tidak?

“Saya sendiri pun tak nak lah spedo (bela) jantan walaupun dia lelak mat saleh. Kalau sado, hensem atau mata biru sekalipun saya takkan spedo,” tambahnya lagi.

Terdahulu Nadira dikaitkan kononnya sengaja memuatnaik gambar bersama PU Amin sebagai salah satu cara untuk melariskan lagu produknya. –